Shahrizat tidak faham belanjawan Selangor
SHAH ALAM 23 Nov -Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, yang mendakwa kerajaan negeri Selangor tidak menitikberatkan kebajikan golongan miskin, Orang Kelainan Upaya atau OKU, warga emas dan kanak-kanak adalah tidak berasas sama sekali.
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas kenyataan Shahrizat itu sambil menyifatkan menteri itu tidak memahami selok belok belanjawan negeri.
Justeru katanya, Sharizat tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan bagaimana pengagihan peruntukan dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor.
“Saya ingat beliau tidak faham tentang belanjawan negeri berbanding belanjawan pusat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar “On Green Economy, Towards Sustainable Economic Growth” di Shah Alam Convention Center, Shah Alam, hari ini.
Shahrizat sebelum ini mendakwa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Khalid tidak memberikan peruntukan sewajarnya dalam
membantu golongan kurang bernasib baik di negeri berkenaan.
Namun menurut Khalid, kerajaan pusat terlebih dahulu perlu bersikap adil dalam menyalurkan peruntukan kepada kerajaan negeri agar ia dapat diagihkan kepada rakyat.
Ia juga untuk mengelakkan pertindihan sumbangan dan mengelakkan berlakunya terlepas pandang terhadap golongan yang memerlukan.
“Kebajikan ini mesti dilakukan oleh kerajaan pusat sebab ini adalah tanggungjawab mereka, tetapi cara yang terbaik yang mereka
boleh lakukan ialah tidak menggunakan pentadbiran berlapis, jadi kalau mereka serahkan kepada kerajaan negeri Selangor, pentadbiran kerajaan negeri yang akan mengagihkan kepada rakyat,” ujar Khalid lagi.
Malah tambah Khalid, jika mendapat bantuan dari kerajaan pusat, kerajaan negeri pasti dapat mengagihkan bantuan kepada rakyat Selangor dengan lebih meluas lagi.

No comments
Post a Comment