Tengku Mahkota Kelantan Hadir Di Majlis Korban
KOTA BAHARU, 18 Nov (Bernama) -- Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra pada Khamis berkenan menyempurnakan Majlis Korban di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini.
Baginda yang hadir di majlis berkenaan kira-kira pada pukul 9.30 pagi itu turut diiringi beberapa kerabat diraja dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Sebanyak 41 ekor lembu dikorbankan sempena dengan sambutan Aidiladha kali ini yang daripada jumlah itu masing-masing seekor disumbangkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V dan Tengku Mahkota Kelantan.
Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Che Hamat Che Muda berkata, lembu korban tersebut hasil penyertaan kerabat diraja, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan orang perseorangan.
Katanya daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada fakir miskin dari sekitar bandar Kota Baharu di Masjid Muhammadi pada petang ini.
"Dianggarkan seramai 1,000 fakir miskin menerima daging korban ini," katanya kepada pemberita pada majlis berkenaan.
Kebiasaannya pada setiap tahun Sultan Kelantan yang akan menyempurnakan majlis berkenaan termasuk menyembelih sendiri lembu korban.
Sultan Muhammad Ke-V kini berada di Mekah bagi menunaikan ibadah haji bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

No comments
Post a Comment