Torres bantu Liverpool tumpaskan Chelsea 2-0

Liverpool terus bangkit dengan dua aksi cemerlang daripada striker Fernando Torres membenam juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Chelsea 2-0 di Anfield awal pagi tadi.

Torres, yang bergelut untuk cergas selepas Piala Dunia 2010, kembali pada tahap terbaiknya untuk memastikan pendahulu liga kekal mendahului dengan dua mata dan melonjak Liverpool ke tempat 10 teratas dengan kemenangan kali ketiga berturut-turut.

Striker dari Sepanyol itu memulakan jaringan dengan bijak dan menambah satu gol lagi sebelum tamat separuh masa pertama dengan melencungkan tendangannya melepasi penjaga gol Chelsea, Petr Cech untuk menghasilkan tujuh gol dalam lapan perlawanan.

Selepas separuh masa kedua bermula, Liverpool bertahan dari serangan bertubi-tubi pasukan pelawat itu, dengan bantuan Didier Drogba yang dimasukkan kemudian, selepas demam dan memanaskan bangku simpanan pada separuh masa pertama.

- bbcnews

No comments

Powered by Blogger.