Warisan Merdeka Akan Dikaji Balik
'PNB buat kajian mendalam bina Warisan Merdeka'
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Permodalan Nasional Berhad (PNB) membuat kajian mendalam sebelum memutuskan melabur membina Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion sebagai projek berdaya saing dan bukan ikonik semata-mata.
Timbalan Perdana Menteri berkata, PNB sebagai institusi pelaburan saham amanah terbesar, sudah tentu mengambil kira keperluan dan kepentingan projek itu supaya bakal memberi faedah serta pulangan yang baik kepada pelabur.
“Hampir semua warga Malaysia, termasuk bukan Melayu adalah pelabur. Jadi, PNB ada kepentingan untuk melihat pelaburan seperti membina bangunan atau hartanah akan memberikan pulangan kepada pelabur. PNB adalah satu badan amanah di mana dana didapati daripada pelaburan masyarakat. Oleh itu, tentu PNB bijak. Jangan kita pandang rendah terhadap kebijaksanaan PNB yang sudah wujud sekian lama, memberi hasil pulangan pemilik saham,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini semalam.
Muhyiddin mendedahkan ada laporan dalam blog tertentu yang mempertikaikan Warisan Merdeka kononnya kos sebanyak itu boleh digunakan untuk membina 200 sekolah atau jalan raya sepanjang 1,000 kilometer.
“Tidak boleh buat perbandingan (sedemikian) kerana PNB tidak bertanggungjawab buat sekolah... PNB bukan badan institusi yang akan membina jalan raya. Itu tanggungjawab kerajaan. Saya tidak fikir ada pihak yang harus ‘spin’ (memutarbelitkan isu projek Warisan Merdeka) kecuali ada niat tidak baik... melihat ini sebagai benda yang dia cemburu,” katanya.

No comments
Post a Comment