Mana Pergi Kickdefella?

Nik Aziz derma simpanan tanda syukur tuduhan rasuah ditutup


KOTA BAHARU, 16 Dis — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menimbulkan masalah kepada pentadbiran PAS Kelantan diterajuinya.

“Soal menantu saya nak ambil tindakan itu dia punya pasal. Saya tidak bercadang nak ambil apa-apa tindakan balas, cukuplah mereka insaf dan kesal dengan perbuatan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil semalam bahawa SPRM menutup kes melibatkan beliau dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan. — Bernama

1 comment

Kepala Mancis said...

ditutp atau mmg xde tp diada ada kan?

Powered by Blogger.