Azan: Nurul ajak penunjuk perasaan ganding cari ‘kebenaran’ siapa beri arahan
Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 14 Jan — Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengajak kumpulan yang hendak mengadakan tunjuk perasaan petang ini agar berganding dengan beliau untuk mencari “kebenaran dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah.”
“Agama Islam menuntut kita mencari kebenaran. Kebenaran harus dicari secara beradab. Kesederhanaan dan keharmonian harus dipelihara.
“Oleh yang demikian, saya menjemput mereka yang sedang menunjuk perasaan bersama-sama dengan saya mencari kebenaran dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah,” kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Wakil rakyat penggal pertama itu berkata, beberapa persoalan memerlukan jawapan segera, antaranya siapa yang telah membuat aduan dan adakah surat itu telah diteliti isi untuk mendapatkan gambaran yang “sahih lagi benar.”
“Keduanya, jika benar surat ini secara rasminya telah dihantar dan telah diterima oleh YAB Perdana Menteri, YB Datuk Raja Nong Chik, YB Major Datuk Seri Jamil Khir Baharom, YB Dato Seri Mohd Nazri, YB Tan Sri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Mat Zain, jadi apakah respons mereka?” kata Nurul Izzah.
Malah kata naib presiden PKR ini, beliau juga ingin tahu pihak yang telah memberi arahan kepada jawatankuasa masjid untuk merendahkan paras laungan azan.
“Dan, seandainya pihak Jakim yang mengeluarkan arahan tersebut, kita harus mendapatkan penjelasan bertulis sama ada wujud garis panduan berkenaan laungan azan di semua masjid dan surau di seluruh negara, yang memungkinkan Jawi mengeluarkan arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah.
“Pihak yang membantah wajib bertanya pada penerima surat-surat ini apakah respons mereka?” kata beliau lagi.
Pengurusan masjid yang dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya enggan mengulas.
Tunjuk perasaan dirancang untuk diadakan selepas solat Jumaat hari ini.

No comments
Post a Comment