Bandar Raya Alor Setar Dipasang 16 CCTV

ALOR SETAR, 12 Jan (Bernama) -- Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah memasang 16 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh bandar raya ini bagi memantau kejadian jenayah dan kemalangan jalan raya.

Antara kawasan yang dipasang CCTV ialah di persimpangan Jalan Kolam Air, Jalan Tunku Ibrahim/Pekan Rabu, Jalan Sultan Badlishah/Bulatan Maal Hijrah dan persimpangan Jalan Tunku Ibrahim/OCBC Bank.

"Kawasan yang diletakkan CCTV ini ialah kawasan yang dicadangkan oleh pihak polis dan pihak majlis kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang sering berlaku jenayah seperti ragut, rompakan bank dan curi motosikal, selain untuk memantau keadaan lalu lintas termasuklah kemalangan jalan raya," kata Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din.

Beliau berkata penggunaan CCTV itu telah dilaksanakan sepenuhnya mulai awal bulan ini yang dikawal dan dipantau dari pejabat MBAS dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Beliau berkata pemasangan CCTV tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan.

No comments

Powered by Blogger.