Cukuplah - Jangan dilembukan rakyat.
Pembaharuan yang akan dilakukan oleh PR jika diberi memerintah hanya memakan belanja RM19.2 billion sahaja dan bukannya RM51 billion seperti perancangan BN yang diumumkan oleh Najib. Najib memberi reaksi yang merendah-rendahkan perancangan PR itu.
Sebenarnya jumlah yang diperlukan untuk membuat pembangunan dan transformasi itu berbeza diantara satu dengan yang lain. Jumlah peruntukkan untuk sesuatu projek yang sama juga berbeza bergantung kepada cara pengendalian projek-projek tersebut dan juga samada ada elemen tumbuk rusuk dan peruntukkan untuk rasuah didalam kos projek-projek tersebut.
Sebahagian besar kos itu ialah untuk pembayaran ‘consultancy’ yang lazim berlaku didalan sesuatu cadangan projek pembangunan untuk membayar mereka yang berkuasa dalam pembahagian projek-projek tersebut.
Oleh yang demikian jika Anwar Ibrahim mengatakan yang kos untuk pembaharuan dan transformasi ekonominya hanya melibatkan RM19 billion berbanding dengan RM 51 billion itu memang ada asasnya. Kita semua tahu banyak projek-projek pengswastaan selalunya melibatkan kos yang terlalu tinggi kerana terlalu banyak ketirisan kerana sifat tidak amanah dan tamak yang tidak terbatas dikalangan mereka yang berkuasa.
Apabila ada sahaja projek yang besar untuk rakyat kosnya akan ditingkatkan untuk mendapatkan kembali sebahagian dari kos itu sebagai imbuhan selain dari gaji yang telah ditetapkan. Bagi mereka sebahagian dari keuntungan besar itu mesti kembali kepada pegawai dan mereka mereka yang berkuasa. Mereka yang tidak amanah ini tidak segan dan silu untuk menerima rasuah seolah-olah memang sudah menjadi hak mereka untuk berbuat demikian. Bagi mereka yang sudah biasa dengan rasuah ini mereka akan terus rasuah walau pun itu kerja yang hina. Memakan rasuah ini ibarat makan petai; walaupun petai itu busuk tetapi ramai yang berselera makan jika ada ulam petai.
Itulah sebabnya kos pembangunan kendalian kita sangat tinggi kerana terlalu banyak kos ‘variable’ yang tidak berpatutan yang timbul dalam sesuatu projek itu. Semuanya itu adalah ketirisan yang sengaja diadakan untuk kepentingan setengah pihak yang tidak jujur dan telus melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada mereka.
Akhirnya rakyatlah yang terpaksa membayar segala wang kerajaan yang datangnya dari rakyat melalui berbagai macam cukai dan duty. Jadi jika ada rancangan yang lebih murah dari apa yang dirancang oleh pihak pemerintah sekarang kenapa pula dijadikan isu?
Bagaimana pula pemimpin kita mengatakan yang jika diikut perancangan PR negara akan jadi bangkerap sedangkan perancangan yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang adalah lebih tiggi dan akan menggunakan wang rakyat? Bagaimana mungkin yang berbelanja lebih kecil boleh membawa lebih kebarangkalian untuk bangkerap dari kita yang akan membelanjakan lebih dari 2 kali ganda dari jumlah yang mereka rancangkan untuk dibelanjakan itu?
Jika RM19 billion boleh membawa pembangunan yang sama dengan perancangan yang akan membelanjakan RM51 billion, tidak salah kalau rakyat memilih yang lebih murah..bukan gitu? Masalahnya kita selalu memandang rendah kepada kemampuan orang lain sedangkan kita tidak sedar yang kita tidak pun mampu untuk membentuk sifat memikirkan untuk membentengi rakyat dari kerugian. Tetapi slogan semuanya hebat-hebat, tetapi bak kata perbilangan, ‘wal hasil balik asal’ sahaja.
Najib berkata yang nasib cucu kita akan tergadai jika PR memerintah. Tetapi sedarkah kita semua yang kita ditolak adalah disebabkan masalah yang sama? Rakyat menolak kita kerana mereka memikirkan yang UMNO tidak lagi boleh menjamin masa depan generasi yang akan datang. Maka kita hampir kecundang didalam pilihanraya dahulu.
Rakyat sudah jemu untuk bergiat mempertahankan UMNO kerana rakyat yang ramai hanya memandang dan memerhati dengan air lior yang meleleh melihat hanya kumpulan peniaga dan ahli koporat yang sama menikmati perjuangan orang ramai menegakkan UMNO dan BN. Balik-balik kita dengan MMC-Gamuda, YTL, dan beberapa kumpulan yang lain yang diberikan keistimewaan sedangkan yang berpeluh dan berkeringat mempertahankan BN adalah rakyat biasa.
Jadi pemimpin kita hendaj jadikan rakyat ini sebagai apa? Projek raksaksa yang puluhan billion senang sahaja diperolehi oleh mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan sedang rakyat dibawah terpaksa kehulu kehilir untuk mendapatakan biasiswa dan penajaan untuk melanjutkan pelajaran. Dimana kah dia slogan yang mengatakan rakyat didahlukan itu? Hakikatnya slogan itu hanya tin kosong sahaja, tetapi diajak rakyat menyanyikannya siang dan malam.
Rakyat ramai hanya disuruh arah sahaja ibarat kerbau disawah; membajak dari pagi hingga kepetang sedangkan tikus kenyang dan gemuk dikepuk padi. Yang berat-berat disuruhnya rakyat untuk memikul tetapi YTL, Gamuda, MMC dan syarikat kroni yang lain yang membaham segala nikmat hasil perjuangan rakyat yang biasa tadi.
Sekarang rakyat sedang memerhatikan tingkah dan laku pucuk pimpinan kita. Jika masih tidak berubah sikap dan nilai kepimpinannya rakyat akan tinggalkan UMNO dan BN kali ini. Saya bukan ahli nujum atau pun seorang yang kashaf untuk mengetahui apa yang berlaku dimasa yang akan datang.
Tetapi dengan hanya menggunakan kekuatan akal yang diberikan Tuhan itu sudah cukup untuk menelah yang BN akan terjerumus kelembah yang lebih dalam lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Apabila sampai ketahap itu nanti, jangan pulak menyalahkan pihak lain pula.
Pemimpin yang tidak jujur akhirnya akan kesaorangan ibarat anjing yang menjilat lukanya sendiri. Saya berharap apa yang saya jangkakan ini semuanya salah. Tetapi ‘intuition’ saya tetap mengatakan yang BN akan kecundang dibanyak lagi kawasan.Kita tidak payah nak panggil semua Ahli Parlimen untuk bertanya kerana keputusannya adalah ‘predictable’. Kita akan menghadapi jalan sukar.
UMNO patut mula belajar untuk menyalahkan diri sendiri sebelum menyalahkan pihak lain. Rakyat bukannya berpihak kekumpulan yang lain kerana suka-suka. Mereka lari dari kita kerana mereka sudah meluat dengan sikap dan perangai kita dan kebanyakan rakyat sudah tidak sabar lagi menyaksikannya.
Perasaan luka yang dialami rakyat bukannya kecil. Selama ini kepimpinan kita sudah terlalu leka dengan kuasa yang mereka masih anggap sebagai hak dan kepunyaan BN sahaja. Anggapan seperti ini ternyata salah.
Ingatkan dan tandakan apa yang saya cakapkan hari ini. Jangan menyesal apabila sudah terjatuh didalam gaung yang dalam. Takut-takut tidak berdaya untuk memanjat tebing untuk naik keatas.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/01/jangan-lembukan-rakyat.html

No comments
Post a Comment