Dewan Negeri Selangor bersidang hujung bulan ini – MB

SHAH ALAM 4 Jan -Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan bahawa Dewan Negeri Selangor (DNS) akan bersidang pada hujung bulan ini.

Ujar Menteri Besar Selangor itu, dalam tempoh tersebut kerajaan negeri katanya akan membuat persediaan berhubung pindaan pelantikan tiga jawatan utama yang membabitkan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Kita bercadang untuk mengadakan sidang dewan dalam masa yang terdekat sebelum minggu keempat bulan ini.

“Kita juga telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan bagi berbincang semula berhubung pelantikan SUK negeri Selangor.

“Kita juga ingin perkara ini diperbetulkan dengan konsep bahawa kerajaan negeri juga mempunyai kuasa dalam pelantikan jawatan negeri,” ujar beliau.

Tambahnya, surat kepada KSN bagi mengadakan perbincangan berhubung pelantikan itu telah dihantar semalam.

Sebelum itu, Khalid mengadakan perjumpaan dengan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor di Dewan Annex, Shah Alam, petang tadi.

No comments

Powered by Blogger.