Gila! Dulu Ponteng, Sekaran Bila Ambil Tindakan Rajin Pulak Datang Sidang. Ngok!

Badrul Hisham tetap hadir

SHAH ALAM 23 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah tetap dengan keputusannya untuk hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Beliau yang kini berhadapan dengan krisis susulan keputusan Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim mengosongkan kerusinya sebagai ADUN kawasan berkenaan menyatakan akan hadir dalam sidang Dewan yang diadakan khas untuk meminda Perlembagaan Selangor.

"Esok jika jumpalah (di sidang DUN), itu pun kalau umur panjang," katanya ringkas selepas menghadiri mesyuarat ADUN Barisan Nasional (BN) Selangor di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata, pihaknya bersimpati dengan situasi yang dihadapi oleh Badrul Hisham ketika ini.

Beliau difahamkan wakil rakyat itu akan memfailkan injunksi di mahkamah kira-kira pukul 2.30 petang esok.

"Kita tunggulah apa keputusan mahkamah, selagi tiada apa-apa keputusan, beliau (Badrul Hisham) masih lagi ADUN yang sah dan sewajarnya diberikan tempat (dalam sidang DUN).

"Kalau Badrul Hisham hadir atau tidak hadir dalam sidang DUN pun, kerajaan negeri tetap tidak dapat majoriti dua pertiga untuk meminda Perlembagaan negeri.

"Pada saya, tindakan ke atas Badrul Hisham ini bermotifkan politik, seolah-olah nak menganiaya dan balas dendam mungkin kerana sebelum ini beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi ADUN Bebas," ujarnya.


pelik-pelik manusia ni. dah la mimpi wei!

No comments

Powered by Blogger.