Isu Arak Di Selangor: Antara Kepentingan Umat Islam Dengan Kepentingan Tauke Arak! Yang Mana Lebih Penting?

Isu arak MPSJ : Puncanya adalah perbezaan kepentingan.

Saya melihat isu larangan pekerja Islam terlibat dengan penjualan arak oleh MPSJ timbul kerana perbezaan kepentingan.

Dato' Hasan Ali mempertahankan kepentingan Islam. Sudah tentu beliau menyokong larangan ini kerana Islam begitu tegas terhadap arak. Ini ajaran Islam. Kalau tidak faham, kena belajar. Bukan memandai-mandai menyatakan apa yang boleh dan apa yang tidak.

Ronnie Liu pula mempertahankan kepentingan pemilik-pemilik perniagaan yang menjual arak. Kalau tidak ada pekerja sudah tentu perniagaan mereka akan terjejas. Saya tidak fikir Ronnie memikirkan kebajikan pekerja-pekerja Islam.

Ada yang berkata kita pula berhati-hati supaya isu ini tidak menjadi isu perkauman. Saya tidak faham mengapa ia boleh menjadi isu perkauman.

Adakah bila kita melarang orang bukan Islam mengambil pekerja Islam untuk menghidang arak maka kita telah mencabul hak asasi masyarakat bukan Islam? Kalau jawapannya 'ya' maka Islam tidak ada nilai lagi dalam negara kita.

Umno pula janganlah menangguk di air keruh. Masa zaman mereka memerintah Selangor, tidak pula mereka bersungguh-sungguh sangat hendak mengawal jualan arak.

Mungkin benar juga bila Khalid Samad berkata pelaksanaan Islam adalah dengan dakwah. Pada pendapat beliau mungkin ramai orang Islam yang masih tidak tahu yang arak itu haram.

Tetapi yang pelik kita lebih sensitif kepada babi atau daging babi dari arak. Kedua-dua pun haram. Kalau boleh jual arak atau menghidang arak, kenapa tidak menjual babi atau membela babi? Mungkin untungnya lebih sebab babi kerap beranak dan ramai anaknya.

Bagaimana pula agaknya isu arak MPSJ ini akan berakhir? Tengoklah kepentingan siapa akan lebih dijaga.

http://iskandar56100.blogspot.com/2011/01/isu-arak-mpsj-puncanya-adalah-perbezaan.html

1 comment

Fadhlullah Universoul said...

kalau dah kat hotel PJ Hilton duk dekat seminggu party sakan..datin datuk yg Islamnya,yg melayunya..yg siap ada pakai tudung tp atas table ada hidangan arak ape kes??

almaklumlah tahun barukan..macam2 tema..beach party la,naughty nurse la..huh!!

Powered by Blogger.