Isu SUK cubaan jejas hubungan Istana-Khalid, kata Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Isu penolakan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi bagi jawatan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) Selangor dilihat sebagai satu usaha pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan istana.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata Khalid tentunya tidak mahu pening kepala dengan isu berkenaan apatah lagi mahu bermasalah dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Tetapi saya lihat ada pihak yang cuba mengeruhkan suasana ini dengan bertindak umpama baling batu sembunyikan tangan dalam isu-isu tertentu. Kesungguhan MB (Khalid) menolak Khusrin jelas ada dalang di belakangnya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ibrahim, yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), berkata setakat ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersuara dalam media, bukannya bermakna mereka tidak berperanan.
“Tapi apa MB boleh buat. Dia ikut sahaja dalang di sebalik isu ini. Isu ini tidak menguntungkan beliau (Khalid) malah merugikannya. Matlamat utama ialah bermulanya pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor,” katanya.
Anwar, yang juga adalah penasihat ekonomi Selangor manakala Azmin adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Bukit Antarabangsa, merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor.
Ibrahim berkata dalam isu ini, satu analisis politik perlu dibuat dengan tepat kerana untuk meminda undang-undang, sebanyak dua pertiga majoriti atau 38 kerusi diperlukan sedangkan kerajaan Selangor sekarang hanya mempunyai 35 kerusi dari 56 kerusi keseluruhannya.
Sementara itu, bekas ADUN Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom mendakwa isu ini disengajakan oleh satu gerakan dalaman PKR sendiri untuk menghilangkan keyakinan sultan dan rakyat kepada peribadi dan kepimpinan seterusnya kewibawaan Khalid.
Beliau berkata PKR seolah-olah sengaja membiarkan malah menggalakkan Khalid terus membuat kesilapan demi kesilapan yang dianggap besar sehingga sanggup mempertikaikan perkenan Tuanku Sultan.
“Ini menyebabkan segala tindak tanduk sebagai seorang MB tidak mendapat keyakinan dan restu Sultan.
“Akibatnya bila isu menjadi semakin besar, kemungkinan besar Sultan akan mengeluarkan titah bahawa Tuanku tidak dapat bekerjasama dengan Khalid dan akan menggantikan dengan muka baru untuk menjadi MB,” katanya yang dipetik dari kenyataan di sebuah blog di sini hari ini.
Zainal Abidin berkata beliau melihat dan meramalkan tindakan Khalid meneruskan sidang DUN tanpa perkenan Sultan Selangor tanpa kehadiran SUK baru yang dilantik akan memberikan kesan negatif hingga boleh mengakibatkan sidang tidak sah.
Katanya, gerakan menolak dan mengetepikan Khalid sebagai pemimpin PKR yang berwibawa seterusnya sebagai Menteri Besar telah telah lama dirancang oleh pemimpin dalaman PKR sendiri.
Beliau berkata sandiwara PKR untuk mengetepikan Khalid juga dapat dilihat melalui keputusan Anwar melantik Azmin mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor yang pada mulanya dipegang oleh Khalid tahun lepas. — Bernama

No comments
Post a Comment