Isu SUK: MB bagi taklimat kepada Adun Pakatan

SHAH ALAM, 4 Jan - Dalam pada itu Tan Sri Abdul Khalid petang tadi memberi taklimat kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (Pakatan) mengenai isu perlantikan Datuk Khusrin oleh Putrajaya.

Taklimat itu juga bertumpu kepada hasil pertemuan Menteri Besar dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri akan membuat persiapan rapi untuk membentangkan usul bagi memulihkan kuasa Sultan dan menteri besar bersabit perlantikn SUK dan Pegawai Kewangan serta Penasihat Undang-undang Negeri.

“Kita bercadang untuk mengadakan sidang dewan dalam masa yang terdekat sebelum minggu keempat bulan ini.

“Kita juga telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan bagi berbincang semula berhubung pelantikan SUK negeri Selangor.

“Kita juga ingin perkara ini diperbetulkan dengan konsep bahawa Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa dalam pelantikan jawatan negeri”

Khalid berkata beliau menggunakan mesyuarat hari ini untuk menjelaskan secara terperinchi hak-hak kerajaan negeri yang telah diabaikan dengan sewenang-wenangnya oleh Putrajaya.

Beliau juga memberitahu para adun mengenai nasihat sultan atas keperluan untuk mengadakan perbicangana dengan suruhanjaya perkhimdatan awam bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Khusrin.

1 comment

Unknown said...

kesian orang selangor, dapat kerajaan PKR yang samseng dan jahil undang-undang.

Powered by Blogger.