'Jual beli' anugerah 'datuk' amat mengaibkan
Pengakuan seorang perajurit bersara yang mengetaui sebuah persatuan yang tidak berdaftar bahawa dia membayar RM250 ribu untuk mendapat anugerah gelaran 'datuk' dari sebuah negeri di utara Semenanjung, bukan sahaja mengaibkan tetapi memperlihatkan kegelojohan manusia untuk mendapat gelaran dan anugerah.
Ia bukan perkara baru bahkan dikatakan berlaku sejak beberapa tahun lalu dan membabitkan beberapa buah negeri.
Isu 'pembelian' gelaran datuk hangat diperkatakan pada tahun 2003 semasa saya bertugas di pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Pada waktu itu, hampir semua pentadbiran negeri menafikannya walaupun ianya berlaku. Pengakuan perajurit bersara itu membuktikan kebenaran dakwaan tersebut.
Saya masih ingat betapa pihak kami, iaitu Pejabat Menteri, menerima banyak maklumat dan maklum balas dari seluruh negara berkaitan isu 'jual beli' anugerah datuk yang dibangkitkan dalam akhbar. Hasil daripada maklumat dan maklum balas itulah yang mendedahkan sekurang-kurangnya 10 negeri terlibat.
Jumlah wang yang 'agak besar' dibayar kepada 'kaki' atau ejen untuk mendapatkan gelaran tersebut.
Keghairahan pihak-pihak tertentu, terutama orang politik dan ahli perniagaan, untuk mendapat gelaran 'datuk' kononnya kerana menerusi gelaran tersebut, mereka berupaya membuka peluang perniagaan yang lebih besar selain daripada membolehkan mereka berada dalam 'kelas tertentu' di kalangan masyarakat 'terhormat'.
Majalah MASSA keluaran 27 Sept-3 Okt 2003 menyiarkan tulisan Ku Seman Ku Hussain mengenai isu penganugerahan gelaran datuk yang banyak.
Ku Seman membuka tulisannya dengan kata-kata berikut; ''Secara yang sangat sinikal ada orang berkata, di negara ini kalau dilambungkan sebiji batu, batu itu pasti jatuh di atas seorang yang paling kurang bergelar datuk. Ini sebenarnya jenaka kedai kopi. Walau pun ia bertaraf jenaka kedai kopi mengenai sekian banyak yang mendapat datuk, tetapi memang ada kebenarannya. ''
Mingguan Malaysia bertarikh 9 Nov 2003 pula memuatkan ulasan Awang Selamat yang antara lain menulis ''Menganugerahkan bintang kebesaran serta pingat kepada rakyat jelata yang telah berkhidmat dengan cemerlang kepada bangsa dan negara serta memberi sumbangan terpuji memang baik dan tidak boleh dipertikaikan. Yang dipersoalkan hanyalah tentang betapa mudahnya ia dianugerahkan dan betapa kadangkala ia tidak setimpal dengan sumbangan yang diberikan.''
Tokoh bahasa Dr Awang Sariyan pula dipetik oleh majalah MASSA sebagai berkata; ''Bayangkan apabila beratus ribu rakyat kita mudah mendapat gelaran Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri secara bebas. Ini merupakan
satu perkara yang juga boleh dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.''
Saya masih ingat akan satu kes di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada tahun 2004 di mana seorang pengarah eksekutif memberitahu mahkamah bahawa dia membayar sejumlah RM150 ribu untuk mendapatkan gelaran 'datuk' bagi ibunya.
Beliau berkata pembayaran tersebut yang dibuat secara berperingkat kepada seorang pegawai salah seorang pembesar Istana di Perak, adalah untuk gelaran Dato' Paduka Mahkota Perak.
Pengakuan bekas perajurit dan kes mahkamah di Teluk Intan jelas membuktikan wujudnya 'jual beli' gelaran dan penganugerahan darjah dan bintang kebesaran. Kenyataan itu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana Menteri Besar atau Ketua Menteri seperti yang dibuat pada tahun 2003.
Dalam hubungan ini, saya menyanjung tinggi pendirian Almarhum Sultan Iskandar, Johor semasa menduduki takhta Kerajaan Malaysia selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-8, yang berpegang kepada dua perkara asas sebelum memperkenankan penganugerahan darjah kebesaran.
Baginda akan bertanya berapa umur calon dan telah berapa lama berkhidmat, sekiranya calon tersebut pegawai kerajaan. Baginda hanya akan memperkenankan mereka yang berumur 45 tahun ke atas untuk menerima anugerah darjah kebesaran/bintang/pingat.
Almarhum berbuat demikian dengan alasan jika seseorang itu telah berumur 45 tahun, pastinya beliau telah 20 tahun atau lebih berkhidmat. Baginda amat teliti dengan perkara tersebut bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja diberi pertimbangan.
Jika dilihat keadaan sekarang, kita yakin kriteria yang dipegang oleh Almarhum Sultan Iskandar sudah tidak diamalkan. Ini dapat dilihat daripada mereka yang masih muda dan berumur 40 tahun ke bawah diberi anugerah yang membawa gelaran sama ada datuk, datuk seri, datuk wira, datuk paduka atau yang lain.
Bak kata orang ramai dalam bahasa percakapan seharian, ada di kalangan mereka yang menerima gelaran -gelaran tersebut masih 'berhingus' atau 'hingus belum kering'. Kita tidak nampak apakah khidmat bakti, jasa mahupun sumbangan besar mereka sama ada kepada negeri atau negara yang membolehkan mereka dianugerahi gelaran tersebut.
Penetapan kuota untuk anugerah dan bintang kebesaran juga dilihat sebagai sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Pada zaman awal kemerdekaan kuota tersebut tidak wujud dan hanya mereka yang benar-benar telah menabur khidmat bakti dan jasa kepada negeri atau negara, secara sukarela dan bukan atas dasar perkhidmatan yang dibayar gaji, akan dipertimbangkan. Oleh itu, amat jarang untuk kita menemui orang yang bergelar datuk. Jika adapun, dia sudah berusia dan benar-benar telah menabur jasa dan bakti kepada negeri mahupun negara.
Sekarang, antara lain wujud kuota politik dan kuota perkhidmatan awam. Bagi kuota politik, ia bergantung kepada ketua bahagian atau ketua parti memperakukan calon untuk dipertimbangkan. Lazimnya, kuota politik diberikan kepada penyokong atau pengikut setia ketua berkenaan dan bukan atas dasar khidmat bakti dan jasa kepada parti..
Kuota perkhidmatan awam pun bergantung kepada ketua jabatan dan pegawai kanan peringkat kementerian. Orang yang menerima atau diperakukan untuk menerima bintang atau pingat tidak semesti yang terbaik dan yang paling layak. Ia adalah sama dengan penganugerahan perkhidmatan cemerlang sama ada melintang, menegak atau mendatar yang ketelusan dan kesaksamaannya sering dipertikaikan.
Oleh kerana orang melihat anugerah darjah kebesaran sebagai sesuatu yang 'ada kelas', maka orang sanggup 'berusaha' untuk mendapatkannya termasuk memberi sumbangan 'derma' untuk yayasan atau badan-badan tertentu.
Jika mereka gagal mendapat gelaran tersebut dari mana-mana negeri di Malaysia, mereka sanggup 'berbelanja' untuk mendapat gelaran tersebut dari sumber-sumber luar yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia seperti dari 'beberapa kesultanan' di selatan Filipina.
Untuk mengakhiri kalam, saya perturunkan kenyataan berikut. Pada satu ketika yang tidak berapa lama dahulu, saya menemui seorang tauke yang tidak tahu membaca dan menulis, beliau begitu terharu dan amat seronok kerana diberi anugerah yang membawa gelaran datuk. Dia, yang kini sudah mendiang, sendiri tidak dapat menyebut perkataan datuk dengan betul, tetapi menyebutnya sebagai 'latuk'. Walau apapun, dia jauh lebih layak daripada ramai lagi manusia yang bergelar datuk kerana dia menggunakan kekayaannya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira bangsa. Atas jasanya itu kepada masyarakatlah dia dianugerahi gelaran datuk oleh negeri berkenaan.
Alahai datuk... sana datuk, sini datuk.
http://kudaranggi.blogspot.com/2011/01/jual-beli-anugerah-datuk-amat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+KudaRanggi+(Kuda+Ranggi)

No comments
Post a Comment