Kenyataan media oleh Ng Wei Aik: Jangan buat serangan tanpa meneliti niat murni di sebaliknya
Kenyataan media oleh Ng Wei Aik di Georgetown pada hari Khamis, 13hb Januari 2011:
Jangan buat serangan tanpa meneliti niat murni di sebaliknya
Saya berasa amat kesal dengan serangan bersistematik terhadap peribadi saya dengan pelbagai jenis label tanpa meneliti apa yang telah berlaku di Gat Lebuh Macallum sehingga tindakan penguatkuasaan perlu diambil oleh MPPP dengan kadar paling segera.
Kemalangan melibatkan dua buah kereta yang berlaku pada 2 Januari 2011 di Gat Lebuh Macallum yang hampir-hampir mendatangkan maut terhadap pelanggan-pelanggan sebuah restoran Mamak yang digelar sebagai Nasi Kandar Mohamed Aliyar menyebabkan tindakan penguatkuasaan perlu diambil oleh MPPP untuk merampas meja, kerusi serta segala peralatan yang merupakan halangan di atas muka jalan dan juga kaki lima.
Tindakan penguatkuasaan diambil oleh MPPP untuk mengelakkan sebarang malapetaka yang lebih serius akan berlaku pada pelanggan-pelanggan restoran serta menjamin kepentingan dan keselamatan awam. Tiada wujudnya unsur atau niat jahat untuk tindakan-tindakan tersebut diambil. Maka, sebarang tindakan yang diambil oleh MPPP dengan niat murni atau tujuan yang baik perlu disokong oleh semua pihak.
Kita tidak ingin tindakan baru diambil selepas sebarang malapetaka yang membawa maut atau menggugat keselamatan nyawa orang awam berlaku. Sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab ada kewajipan untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyatnya supaya tidak terjejas oleh apa-apa kejadian yang bakal berlaku.
Sehingga kini, tiada apa-apa bukti yang dapat menunjukkan bahawa saya pernah meluahkan sebarang kenyataan yang berbaur perkauman. Semua wartawan yang membuat liputan berita pada malam tersebut juga dapat menjadi saksi saya bahawa tidak pernah saya mengeluarkan kata-kata yang mahukan pemilik atau pekerja-pekerja restoran 'balik India'.
Ini merupakan suatu fitnah dan tohmahan yang liar dan jahat terhadap saya. Tindakan saman mahkamah tetap akan diambil terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap saya.
Secara kesimpulannya, tindakan-tindakan yang ambil oleh MPPP perlu dilihat dari keseluruhan konteksnya dan tidak harus diberi liputan yang kurang lengkap sehingga memberi suatu tanggapan salah kepada orang awam.
Pihak media juga berperanan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap tindakan-tindakan yang menyalahi undang-undang dan juga bahayanya meja-meja dan kerusi-kerusi yang diletakkan di atas muka jalan atau kaki lima supaya kemalangan yang berlaku di Gat Lebuh Macallum tidak akan berulang lagi.
Ng wei Aik, ADUN Kawasan Komtar

No comments
Post a Comment