Kerajaan negeri berjaya selamatkan 81 rumah Taman Bakti dari pembinaan Besraya
AMPANG, 9 Jan – Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelamatkan kira-kira 81 buah rumah di Taman Bakti, yang nyaris-nyaris dirobohkan kerana terlibat dengan projek pembinaan Lebuh raya Sungai Besi (Besraya).
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, walaupun terdapat beberap pihak yang mendakwa ia bukan hasil usaha kerajaan negeri namun ia bukan isu utama.
Menurut Iskandar, mengikut pelan asal yang sepatutnya melalui 81 buah rumah terbabit berjaya diatasi dengan pembentangan semula yang dilakukan kerajaan negeri.
“Setelah kerajaan negeri mengarahkan Besraya membentangkan semula laluan lebuh raya itu barulah lebuh raya itu ditukar dia punya road, sebelum itu Besraya akan melalui 81 buah rumah terbabit hanya selepas kerajaan negeri mengarahkan Besraya dan lebuh raya malaysia membentangkan laluan alternatif diambil kira…rancangan merobohkan rumah ini…2006 lagi,”katanya lagi.
Iskandar berkata, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, soal siapa yang mendapat nama dalam isu ini tidak penting.
Jelas Iskandar, apa yang diutamakan adalah projek lebuh raya tersebut tidak akan mengakibatkan perobohan rumah rakyat.
“Saya yakin rakyat tahu,” tambah Iskandar.
Sebelum ini, Kerajaan negeri tidak bersetuju sebarang cadangan baru untuk merobohkan 81 buah rumah di Taman Bakti, Ampang bagi kerja-kerja membina Lebuh raya Besraya yang baru dari Sungai Besi ke Pandan Indah.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia ( LLM ) juga membentangkan cadangan alternatif yang tidak melibatkan perobohan rumah pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor atau MTES, 25 Disember lalu setelah penduduk di Taman Bakti,Ampang mengadakan sesi dialog mencadangkan laluan alternatif.

No comments
Post a Comment