Khairy: Amah nafi, ramai ‘berhutang’ dengan Rais
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin percaya banyak pihak ‘berhutang’ permohonan maaf kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim ekoran kenyataan bekas pembantu rumahnya yang menafikan dia dirogol Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.
“Saya merasakan ramai yang berhutang permohonan maaf yang cukup besar. Anda tahu siapa anda sebenarnya,” kata Khairy, Ketua Pemuda Umno, dalam mesej Twitter susulan laporan penafian bekas amahnya, semalam. Khairy dan Rais merupakan ahli Parlimen dari Negeri Sembilan.
Laporan dari Jakarta semalam menyebut, bekas pembantu rumah Rais itu majikannya baik hati dan tidak mempunyai masalah dengan dirinya.
Laporan portal berita detik.com memetik amah itu sebagai berkata dia bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu di rumah Rais dari 1999 hingga 2007.
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar kenyataan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempertikaikan dakwaan menyentuh Rais.
“Antara lain Najib mempertikaikan kenapa dakwaan yang berlaku pada tahun 2007 dibangkitkan pada tahun 2011.
“Suka diingatkan, isunya bukanlah masa, sebaliknya isu yang timbul ialah salahlaku jenayah seksual yang didakwa telah berlaku dan tentunya secara tidak langsung boleh menyebabkan kekeruhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.
“Isu ini pernah dikemukakan oleh MigrantCare, pertubuhan bukan kerajaan yang bertanggungjawab mengenai isu kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia pada tahun 2007, tetapi tidak ada sebarang tindakan oleh kerajaan pada ketika itu,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Shamsul Iskandar juga berkata, tindakan Najib mengatakan bahawa Rais tidak boleh dihakimi sehingga siasatan dijalankan’ juga adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab.
“Terbukti wujud dua set undang-undang yang berbeza untuk ahli Umno dan musuh Umno.
“Di saat (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah, tindakan Najib ini jelas bersifat dangkal,” kata beliau.
Kata beliau, sekiranya benar sebagaimana kata Najib bahawa dakwaan ke atas Rais itu perlu disiasat, maka wujud kewajaran mendesak agar Rais digantung tugas atau direhatkan sementara daripada menjalankan tugas selaku ahli Kabinet untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan.
Dalam kenyataan pertama mengenai isu itu semalam, Najib melahirkan kesangsian dengan dakwaan pihak tertentu bahawa Rais telah merogol pembantu rumahnya dari Indonesia, tiga tahun lalu.
Sambil meminta agar menghentikan spekulasi mengenai kes itu, Najib mempersoalkan mengapa isu itu dibangkitkan secara tiba-tiba baru-baru ini walaupun insiden tersebut didakwa berlaku tiga tahun yang lalu.
“Dalam apa jua kes, kejadian berlaku pada 2007. Persoalan ialah mengapa sekarang?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Kata beliau, seseorang itu tidak wajar diadili melainkan siasatan sewajarnya telah dijalankan.
Sehubungan itu, Najib menggesa semua pihak agar berhenti daripada membuat spekulasi memandangkan Rais sudah pun memberi respons terhadap dakwaan itu.
“Beliau sudah pun membuat kenyataan. Beliau berpegang pada kenyataannya dan beliau sanggup untuk disiasat, jadi biarkan proses siasatan dijalankan,” kata beliau.
Rabu lalu, Rais juga menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.
“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya.

No comments
Post a Comment