Khusrin mesti dihalang daripada berlakon sebagai SUK Selangor

Di dalam kemelut cubaan jahat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melantik Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor, sedari awal saya berpendapat bahawa tafsiran “dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang relevan” di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor mesti membawa makna dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.

Namun saya tidak ada kelayakan untuk menyatakannya dengan pasti. Tetapi hari ini The Malaysian Insider melaporkan pandangan peguam terkenal, Edmund Bon sebagai berikut:

“Bon also claimed that according to his interpretation of provisions in both the Selangor and Federal Constitutions, the power to appoint a candidate as the state secretary was vested in the Selangor State Service Commission and not the Public Service Commission (PSD).

“This is the primary issue here. Since the state commission has not made the appointment, then it can quickly act now.

“This is because we cannot find any law that extends the PSD’s jurisdiction in Selangor. We need to focus on these details and not political rhetoric,” he said, adding that this meant there was no need for the Selangor Constitution to be amended.

Ini bermakna perlantikan Khusrin adalah bersalahan dengan kehendak undang-undang negeri Selangor. Justeru Kerajaan Negeri Selangor mesti bertindak mempertahankan undang-undang tersebut dengan menghalang Khusrin daripada berpura-pura atau berlakon sebagai SUK. Beliau mesti dihalang daripada memasuki bangunan SUK, mendapat akses kepada mana-mana dokumen atau memberikan apa-apa arahan seolah-olah beliau adalah SUK.

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor perlu segera membuat perlantikan dan SUK tersebut perlu mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Dato’ Menteri Besar Selangor.

Kedaulatan Undang-undang mesti dipertahankan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan tindakan BN menghina Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan bertindak sewenang-wenangnya mesti dicabar.

http://azakiyamani.wordpress.com/2011/01/05/khusrin-mesti-dihalang-daripada-berlakon-sebagai-suk-selangor/

No comments

Powered by Blogger.