KSSB tidak terlibat dalam pengeluaran pasir di Sungai Damansara

SHAH ALAM, 17 Jan – Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) hari ini menafikan laporan akhbar dan TV yang mengaitkan operasi mengorek pasir sungai di susur keluar Batu, Tiga Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dengan syarikat mereka.

Tinjauan KSSB ke tempat tersebut mendapati, kerja-kerja pengeluaran pasir sebenarnya melibatkan kerja pembaikan Sungai Damansara, yang juga sebahagian daripada Projek Rancangan Tebatan Banjir Koridor Raya Multimedia (MSC) di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Eksekutifnya, kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikan dilantik JPS Malaysia dan bukan KSSB seperti yang didakwa dalam laporan akhbar dan TV.

Sehubungan itu menurut KSSB, pihaknya hanya akan terlibat jika dipanggil untuk memindahkan longgokan pasir yang dikeluarkan oleh kontraktor yang menjalankan projek pembaikan tersebut.

Sementara itu, KSSB masih dalam proses mendapatkan nasihat daripada peguam tentang kemungkinan pengambilan tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan palsu terhadap syarikat KSSBberkaitan isu ini.

No comments

Powered by Blogger.