Lee Kuan Yew dibuai mimpi ngeri

Provokasi Tan Malaka dalam Utusan Malaysia link telah mendapat reaksi dari blog Che Det.link Che Det.

Yang sebenarnya kenyataan Tan Malaka ini hanyalah provokasi sahaja untuk menyedarkan kaum Melayu negara ini.

Perbandingan hakiki rakyat Singapura dan Rakyat Malaysia harus dilihat dari sudut ISINYA bukan KULITNYA.

Spore mungkin hebat dari segi kulitnya tetapi isi-isi jiwa rakyatnya kosong dan lompong.Hidup mereka di dalam pulau yang sempit itu penuh dengan undang-undang, peraturan, denda dan saman.

Kotak pemikiran kita dan mereka pun berbeza. Kotak pemikiran mereka memikirkan pelabuhan, pasir dan ruang udara manakala kotak pemikiran kita memikirkan pembangunan yang seimbang, membina kekuatan keluarga dan moral, membangunkan kemudahan awam dan lain-lain.

Manusia yang hidup di kawasan pulau sentiasa takut dengan ancaman dari segenap sudut sekeliling laut dan udara.Kocak air dikatakan lanun burung terbang dikatakan serangan bom.

Sekeping sampah bagi mereka semestinya lah satu masaalah yang besar begitu juga setitik air.Jika chewing gum yang kecil ini dipandang enteng oleh LKY maka kelak Singapura akan menanggung beban sampah yang lebih awal dari Malaysia.

Begitu juga seperti kata LKY parti politik pembangkang mestilah dihapuskan sebelum dia tumbuh takut apabila kelak sudah besar mendatangkan masaalah.

Lee Kuan Yew juga menyeru umat Islam supaya kurangkan pegangan Islam mereka kerana ia tidak membantu proses integrasi dan pembangunan negara. Islam bagi LKY menjadi halangan keharmonian antara kaum di Singapura.

Mungkin LKY diambang putus wayar otaknya kerana tidak berkesempatan mendalami ajaran Islam yang sebenar. LKY seharusnya terbuka di dalam masa yang hanya tinggal sedikit ini uintuk mengkaji dan mendalami ilmu dan ajaran Islam. Ajaran Islam ialah cintakan pendamaian bukannya peperangan.

Mengambil satu ajaran dari ribuan ajaran Islam seperti apa yang Islam ajar tentang tanggung jawab terhadap jiran tertangga. Apabila kita di rumah makan sedap-sedap tetapi jiran sebelah di dalam kelaparan adalah tanggung jawab kita untuk untuk membantu jiran yang susah itu. Itulah ajaran Islam yang sebenar.

Yang menjadi masaalahnya kepada LKY tidak mahu melihat Islam yang sebenar dan sering menutup sebelah mata serta Islam di Singapura ditindas dengan cara terhormat.

LKY sampai bila pun akan dibuai mimpi ngeri kerana diapit oleh Indonesia dan Malaysia negara yang banyak populasi Islam.

http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/01/lee-kuan-yew-dibuai-mimpi-ngeri.html

No comments

Powered by Blogger.