Mahkamah arah TUDM bebaskan Tharmendran, tahanan tidak sah
Oleh Melissa Chi
KUALA LUMPUR, 19 Jan — Mahkamah Tinggi mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membebaskan bekas sarjannya N. Tharmendran atas alasan dia ditahan secara tidak sah di kem tentera di sini.
Hakim Datuk Su Geok Yiam berkata penahanan staf itu adalah sah tetapi tindakan menahan dia di Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh di sini melanggar undang-undang kerana ia bukan pusat tahanan yang sah.
Peguam Tharmendran, Amer Hamzah Arshad berkata sebaik sahaja perintah mahkamah diperoleh mereka akan menuju ke kem tersebut bagi membolehkan Tharmendran dibawa keluar.
“Saya sangat gembira. Esok saya akan menyambut Thaipusam dengan anak saya,” kata bapanya N. Nagarajah kepada pemberita.
Tharmendran memfailkan permohonan habeas corpus pada 26 November lalu dengan menamakan Leftenan Kolonel Mohd Razif Ramli, Komandan Pusat Tahanan Kem Batu Kentonmen, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Menteri Pertahanan sebagai responden.
Semalam, Amer dalam hujahnya berkata penahanan itu adalah salah atas alasan Tharmendran tidak lagi berkhidmat dengan TUDM selepas perkhidmatannya ditamatkan, selain gaji turut diberhentikan.
Katanya, Tharmendran tidak diberitahu mengenai lanjutan perkhidmatannya iaitu selama 12 bulan selepas tamat tempoh perkhidmatan pada 28 Mei tahun lepas.
Tharmendran, 42, mendakwa penahanan itu tidak mengikut undang-undang kerana dia adalah orang awam dan tidak lagi berkhidmat dengan TUDM sejak 28 Mei lalu.
Dia juga mendakwa keempat-empat responden itu bertindak di luar bidang kuasa yang melakukan tangkapan dan tahanan secara tidak sah.
Pada 25 November lalu, Tharmendran ditahan semula oleh TUDM di pekarangan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Shah Alam kerana kesalahan meninggalkan tugas.
Penahanan itu dilakukan oleh lima pegawai Jabatanarah Provos Marsyal TUDM selepas Tharmendran menghadiri pendengaran permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya di mahkamah itu.
Pada 6 Januari tahun lepas, Tharmendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.
Dia didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop untuk mencuri dua enjin itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini.

No comments
Post a Comment