Pakatan Rakyat Tetap Teguh Pertahan Hak Kerajaan Negeri Selangor

Petang tadi YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid memaklumkan kepada saya sejurus beliau selesai mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor bersabit perlantikan SUK negeri yang baru.

Difahamkan bahawa DYMM Tuanku Sultan tidak menitahkan supaya Kerajaan Negeri memperakui perlantikan SUK tersebut. DYMM Tuanku Sultan sekadar mengesahkan implikasi pindaan Perlembagaan (1993) yang menamatkan kuasa Raja dalam perkara berkaitan.

Kami menggesa supaya YAB Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor tegas mempertahankan hak negeri. Percubaan rakus Dato’ Sri Najib mengenepikan peraturan dan kebiasaan sejak Merdeka adalah tindakan terdesak setelah gagal merampas Kerajaan Selangor melalui kaedah ‘lompatan katak’ oleh para wakil rakyat.

Kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor akan tetap mempertahankan hak kerajaan negeri dan kedaulatan DYMM Tuanku Sultan dari sebarang muslihat dan pelecehan oleh Dato’ Sri Najib.

ANWAR IBRAHIM

No comments

Powered by Blogger.