Pilihan raya kecil Tenang-medan lambakan isu kempen
Pilihan raya kecil DUN Tenang (lihat peta) bakal tiba bagi mengisi kekosongan kerusinya berikutan kematian penyandangnya dari BN. Kini masing masing parti yang bakal bertanding, khususnya PAS bersama Pakataan Rakyat dan Umno-BN sudah giat mengadakan persiapan, menyusun pasukan kempen dan menggerakkan minda pengundi. Sudah pasti pilihan raya kecil Tenang bakal menyaksikan persaingan sengit di selatan tanah air untuk penggal pilihan raya ke-12 ini.
Seruan pemimpin
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa melancar gerak kerja pilihan raya PAS DUN Tenang, pada 1 Januari 2010 telah menyeru rakyat di sana sedia membuat keputusan bijak sebagaimana rakyat di negara maju yang sedia bertindak menukar pemimpin dan kerajaan yang mengkhianati rakyat.
Seruan yang sama turut dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan member inhgatan agar para pengundi tidfak tersalah pilih. Ini bermakna jika terus memilih BN bermakna rakyat merestui kezaliman yang dilakukan Umno-BN selama ini. Justeru rakyat hendak berani mmebuat perubahan demi menghentikan kezaliman terus berleluasa.
Naib Presiden PAS merangkap Naib Presiden PAS, Haji Salehuddin Ayub pula menegaskan pada pilihan raya umum ke-12 PAS telah berjaya melunturkan khurafat rakyat Johor berikutan kemenangan PAS di DUN Maharani dan DUN Sungai Abong. Justeru itu, beliau yakin pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari nanti bakal menyaksikan kejutan.
Apakah seruan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS ini sedia disahut oleh pengundi Tenang? Maka menjadi tanggungjawab jentera kempen Pakatan Rakyat untuk memberi kesedaran kepada pengundi agar memahami apakah yang dimaksudkan perkara-perkara dilakukan oleh kerajaan BN yang telah ‘mengkhianati dan menzalimi rakyat, hatta menghapuskan amalan khurafat pengundi Johor’.
Isu-isu rakyat
Berdasarkan senario politik dan perkembangan semasa, sudah pasti medan pilihan raya kecil Tenang bakal meledakkan banyak isu-isu melibatkan kepentingan rakyat, khususnya pengundi Tenang. Ini kerana terdapat lambakan isu yang bersifat ‘pro’ dan ‘kontra’ untuk PAS dan Pakatan Rakyat persembahkan agar difahami rakyat. Paling penting didedahkan isu-isu yang menjadi nilai pengkhianatan pihak Umno-BN terhadap rakyat.
Bermula dengan isu ketuanan Melayu versus ketuanan Islam sudah pasti mampu diseretkan kepada isu sejauh mana Umno-BN yang sudah mengurus Negara selama 53 tahun ini didapati telah memperkotak-katikkan kepentingan orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Mungkin fakta ini amat relevan didedahkan kepada pengundi Melayu yang merupakan majorit di daerah menhgundi Redong, Ayer Panas, Chempelak dan Felda Chempelak Barat.
Demikian pula, isu-isu berkaitan dengan teras perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat yang menurut kajian awal mendapati rata-rata pengundi Melayu tidak bersedia menerima PAS dan Pakatan Rakyat sebagai wadah pilihan mengganti Umno-BN. Isu ini berbangkit mungkin kerana seruan perjuangan PAS di Tenang sentiasa berdepan dengan manipulasi teruk media kawalan kerajaan BN, terutamanya saluran televisyen dan akhbar. Justeru media tersebut sentiasa mempamerkan gambaran buruk dan hodohnya perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat yang kira-kiranya tidak serasi dengan budaya masyarakat Johor. Logiknya, pengundi Tenang boleh berpersepsi teruk terhadap PAS dan Pakatan Rakyat kerana misi utama media kawalan Menteri Rais Yatim mahupun Johan Jaafar (TV3@Media Prema) adalah menghodohkan wajah perjuangan Islam yang dibawa PAS bersama Pakatan Rakyat. Kira-kiranya impak manipulatif media kawalan BN itu telah mencorakkan hampir 70 peratus pengundi Melayu di Tenang menolak PAS dalam pilihan raya umum 2008 lalu.
Rentetan peranan media itu, sekarang ini didapati pencacai Umno-BN Johor sudah mula merayap di DUN Tenang yang menjaja isu-isu hubungan PAS-DAP yang dikaitkan dengan tohmahan jahat terhadap PAS. Kononnya PAS sudah menjual maruah Melayu, menggadai perjuangan Islam dan menjadi kuda tunggakan parti Cina. Justeru itu jentera perang saraf PAS dan petugas perayu undi Pakatan Rakyat, khususnya pimpinan PAS dan DAP hendaklah mengatur gerakan menerang ke setiap pintu rumah pengundi Tenang bagi menjelaskan isu sebenar di sebalik ‘kehebatan’ hubungan PAS-DAP selama ini. Paling penting ialah menerangkan fakta sokongan dan keterbukaan pemimpin DAP, termasuk Karpal Singh terhadap isu Negara Islam dan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah sebenarnya kesan dakwah politik yang di bawa PAS selama ini.
Persaolan balas di sini, apakah MCA sudah sedia menerima Negara Islam dan mengiktiraf kedudukan Islam dalam Perlembagaan selama masa berbaik-baik dengan Umno. Apa yang jelas MCA pernah mengeluarkan kenyataan menerusi laman web rasminya (14 Ogos 2007) dikatakan sedia menjunjung prinsip Malaysia sebuah Negara Sekular. Pemikiran sama dipegang oleh Karpal Singh sebelum ini, tetapi kini telah berubah setelah Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 19 Disember 2010 lalu.
Apapun, perkembangan terbaru dalaman Negara pasti menghangatkan isu kempen pilihan raya kecil Tenang. Antaranya ialah isu perlantikan Setiausaha Kerjaaan Selangor dan kenaikan harga barang ekoran kenaikan berulang harga petrol RON97. Namun bagi PAS-Pakatan Rakyat, isu Setiausaha Kerajaan Selangor lebih utama diperjelaskan bagi memastikan pengundi diberi gambaran tepat, terutama dalam maksud kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mendehaka Sultan. Sebaliknya mendedahkan kerja-buat Umno-BN era Mahathirisme dan selama ini adalah menderhaka raja-raja dan sultan. Apa tidaknya, di antara yang masih segar dalam ingatan ialah kes Umno Terengganu yang pro-Idris telah menolak persetujuan Sultan Terengganu terhadap Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Maka pihak pro-Idris telah sanggup merentang sepanduk yang tertulis “Kami nak Dris, natang” yang merupakan sasaran tepat perkataan “natang” itu difahami adalah ditujukan kepada sultan yang memperkenankan perlantikan Menteri Besar.
Begitu juga pada tahun 1990, kekalahan Umno-BN di Kelantan telah membangkit tohmahan jahat puak Umno kepada Sultan Kelantan kononnya berpolitik menyebabkan PAS menang besar. Ekoran itu, berlaku kerja derhaka puak Annuar Musa selaku Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dengan menganjurkan majlis ‘tabal raja’ melibatkan salah seorang kerabat diraja Kelantan sebagai simbolik tidak menerima ketuanan sultan yang bertakhta.
Oleh itu, isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang bukan dilantik oleh Sultan Selangor, tetapi oleh pihak Putrajaya tiba-tiba disandarkan kepada urusan sultan. Maka tiada sebab untuk mengaitkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim sebagai penderhaka. Mungkin yang tepatnya, kerajaan BN pimpinan Mohd Najib di pihak yang derhaka kepada sultan dan rakyat Selangor. Ini kerana Mohd Najib telah meneruskan keegoan melantik setiausaha kerajaan tanpa merunding terlebih dulu dengan Menteri Besar Selangor yang dipilih rakyat dan diperkenankan sultan. Tambahan pula, seorang setiausaha kerajaan adalah rakan sepasukan dalam Exco Negeri Selangor bukannya Kabinet Putrajaya. Maka wajarnya, pengundi Tenang diberi kefahaman dan mereka itu hendaklah didorong untuk menolak dan menghukum BN yang melakukan kesalahan besar terhadap rakyat Selangor.
Tenang pasti tenang
Sehubungan pilihan kecil Tenang kali ini adalah pertama selepas pilihan raya umum 2008 berlaku di negeri Johor, seharusnya jentera kempen masing-masing parti bertanding dapat melakukan gerak kerja yang demokratik demi menjamin ketenangan sepanjang kempen. Walaupun pihak PAS yang mewakili Pakatan Rakyat kali ini pernah kalah dan menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun sejarah di Kuala Terengganu adalah suatu rekod bagi PAS yang berjaya merampasnya dari tangan BN. Mungkinkah DUN Tenang adalah medan yang bakal menyaksikan perubahan dan tindakan berani pengundi menyahkan Umno-BN dari tampuk kuasa di Johor? Sama-sama kita saksikan selepas 22 Januari nanti berlaku penamaan calon dan 30 Januari hari mengundi. Apa yang utama semoga perjalanan kempen di Tenang pastikan berjalan dengan ketenangan.
http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2011/01/pilihan-raya-kecil-tenang-medan.html

No comments
Post a Comment