Protes kenaikan harga barang,kenaikan membebankan rakyat
SHAH ALAM, 9 Jan – Lebih 50 ahli Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor mengadakan demontrasi aman membantah kenaikan harga barangan di pasar tani Seksyen 13 di sini hari ini.
Ahli Wanita bersama Skuad Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) menyertai demontrasi aman turut serta mengedar risalah berkaitan kenaikan harga barang oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Beberapa pimpinan Wanita PKR antaranya, Exco Selangor, Rodziah Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha serta beberapa ketua Wanita peringkat cabang turut menyertainya.
Demontrasi kira-kira sejam yang turut mengadakan perarakan mengelilingi pasar tani itu, mendapat sambutan pengunjung yang selama ini dibebani kenaikan harga berkenaan.
Kerajaan Umno-BN telah menaikkan harga petrol dan beberapa barangan baru-baru ini dilihat membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Malahan kekurangan minyak masak di pasaran mencetuskan spekulasi bahawa harga barangan itu akan naik dalam masa terdekat.

No comments
Post a Comment