Rais - Bersabarlah menghadapi dugaan

Nama Rais Yatim menjadi nama sebutan ramai dimana-mana kita pergi dan tentulah semua tahu kenapa nama beliau begitu disebut ramai. Sebabnya ialah tuduhan yang dibuat oleh banyak pihak yang beliau pernah merogol orang gaji beliau pada tahun 2007 dahulu.

Saya terpanggil untuk membuat sedikit komen kerana beliau hari ini telah menafikan segala cakap-cakap yang mengatakan beliau telah melakukan kerja yang sangat hina itu pada tahun 2007 yang lalu. Oleh kerana beliau adalah salah seorang pemimpin yang saya kenali dengan hampir walaupun sudah lama tidak bertemu sejak beliau kembali menjadi ahli kepada Jemaah Kabinet Negara pada tahun 1999 dahulu.

Saya tidak beserta dengan mana-mana pihak yang membuat tuduhan itu tetapi saya dihujani dengan banyak panggilan talipon dari banyak pihak bertanyakan samada cerita itu benar atau pun sebaliknya. Saya hanya menjawab yang saya tidak tahu kerana saya tidak tengok kerja itu dilakukan dan saya tidak berani dan tidak patut mengangguk dengan soalan itu.

Tindakan orang ramai mengambil tahu itu pun tidak salah kerana Rais adalah pemimpin yang sepatutnya memberikan perlindungan kepada rakyat apatah lagi kepada mereka yang duduk sebumbung dengan beliau. Saya faham juga yang ramai menalipon dan bertanyakan isu itu kepada saya kerana saya dan Rais datang dari satu negeri dan awam tahu yang kami mengenali satu diantara yang lain dengan rapat.

Hanya yang orang ramai tidak tahu saya tidak bertemu dengan Rais sejak beliau kembali menjadi Menteri Kabinet Negara dahulu. Kami hanya berjumpa didalam majlis-majlis dalam mana kami berdua hadzir bersama. Kali terakhir saya bertemu Rais ialah semasa beliau dan isteri menerima jemputan saya semasa majlis perkahwinan anak saya pada Jun 2001 dahulu.

Rais telah meminta satu siasatan dilakukan dengan terpeinci dan jika siasatan itu sudah bermula elok jangan kita membuat spekulasi terhadap isu yang sangat sensitif dan panas ini. Biarkanlah siasatan dilakukan oleh pihak yang berwajib dan kita tunggu sahaja keputusan yang akan diberitahu oleh pihak yang berwajib.

Rais berkata yang beliau serta keluarga bersedia untuk memberikan kerjasama untuk melengkapkan siasatan terhadap isu itu. Oleh itu saya menggesa semua pihak supaya menghentikan segala spekulasi terhadap isu ini? Benar atau salah dengan apa yang diisukan itu biarlah kita dengar dari hasil siasatan tentang tuduhan yang sangat meluas dibincangkan ditempat-tempat awam.

Tetapi yang tetap menjadi isu pokoknya ialah dari segi politik Rais sendiri dan UMNO keseluruhannya. Saya tetap dengan pendirian yang Rais memang sudah sampai masanya beliau mesti berhenti dan bersara kerana isu ini. Walaupun belum tentu salah benarnya ianya sudah pasti menjejaskan prestasi politik peribadi beliau dan politik UMNO itu sendiri.

Saya berkeyakinan yang Rais faham tentang sensitiviti rakyat yang akan keluar mengundi. Lagi pun Rais selama ini telah mengorbankan seluruh usia dan hidup beliau dalam politik negara dan masa beliau untuk berehat dengan keluarga sudah sampai.

Kepada yang bertanyakan tentang isu Rais ini, harap saya telah menjawab segala persoalan yang ada kepada saudara/i sekelian.

Saya mendoakan Dato’ Rais, Mas dan seluruh keluarga akan berjaya melalui dugaan yang sangat besar ini dengan penuh kesabaran. Hanya kesabaran akan membantu anda sekalian untuk menyelesaikan permasalahan yag anda hadapi sekarang.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/01/rais-bersabarlah-menghadapi-dugaan.html

No comments

Powered by Blogger.