Rashid kekal BAM, tak ikut langkah Misbun
KUALA LUMPUR, 14 Jan — Ketua jurulatih skuad badminton negara Rashid Sidek berkata beliau tidak bercadang mengikut jejak abangnya, Datuk Misbun Sidek, yang juga jurulatih perseorangan untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Rashid berkata buat masa ini beliau selesa dengan BAM dan akan meneruskan kerjaya sebagai jurulatih di bawah badan induk sukan itu.
“BAM sudah membuat keputusan mengenai perkara itu, jadi kita nantikan saja jawapan daripada Misbun,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual baru-baru ini.
Ditanya mengenai hasrat perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei untuk mengikut langkah Misbun, Rashid berkata: “Apa jua keputusan yang bakal dibuat Lee Chong Wei biarlah dia sendiri yang putuskan. Kita tak pernah cuba hasut atau pengaruhi dia.”
Rashid berkata Lee kini berada pada prestasi yang konsisten dan secara mental tidak terganggu dengan isu Misbun yang enggan menyambung kontraknya dengan BAM apabila ia berakhir 31 Disember lepas.
“Lee Chong Wei lebih bersemangat selepas memenangi Terbuka Taiwan baru-baru ini. Sekarang beliau fokus untuk menghadapi Terbuka Malaysia dan mahu mempertahankan kejuaraannya,” katanya.
Selain Lee, perseorangan Muhammad Hafiz Hashim dan Chong Wei Feng akan menyertai Super Series Terbuka Malaysia pada haribulan Selasa depan hingga 23 Januari ini.
Muhammad Hafiz bakal bertemu pemain pilihan ketiga kejohanan Chen Long dari China pada perlawanan pertama, manakala Chong perlu mengatasi pusingan kelayakan sebelum dapat melangkah ke undian utama.
Dalam perkembangan lain, Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berharap Misbun akan menimbangkan kepentingan negara dalam membuat sebarang keputusan.
“Setakat ini BAM masih menunggu keputusan yang akan diambil Misbun. Saya harap keputusan yang dibuat beliau akan mengambil kira kepentingan negara,” katanya.
Badminton merupakan satu daripada bebeberapa sukan yang diletakkan dalam program MSN Road to London 2012 iaitu misi negara bagi membawa pulang emas pertama dalam temasya Olimpik yang akan diadakan di London pada 2012.
Misbun yang selama ini melatih jaguh badminton negara Lee dilihat sebagai orang penting dalam merealisasikan misi berkenaan. — Bernama

No comments
Post a Comment