Selangor Pinda Perlembagaan: Sidang DUN diadakan, kembalikan kuasa lantik SUK kepada Kerajaan Negeri dan Sultan

SHAH ALAM, 3 Jan – Kerajaan Negeri Selangor akan meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan meminta speaker untuk mengadakan sidang tergempar sidang Dewan Undangan Negeri bagi meminda undang-undang terbabit.

Beliau juga menegaskan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi tidak akan mengangkat sumpah dihadapan Menteri Besar .

Datuk khusrin juga tidak akan dibenarkan hadir pada sebarang majlis mesyuarat kerajaan negeri, tambah beliau menerusi mesej twitternya.

“Sehingga penyelesaian dicapai kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang majlis berkaitan jawatan SUK,” tambah beliau

Merujuk kepada perjumpaan beliau bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi. Khalid berkata baginda menasihatkan kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai perlantikan Khusrin.

” DYMM berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima dan menolak calon yg dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,”

No comments

Powered by Blogger.