Semangat dan keikhlasan penentu kejayaan
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Kemenangan umat Islam dalam perjuangan bukanlah bermula dengan pilihanraya, tetapi semangat dan keikhlasan dalam perjuangan itu sendiri yang menjadi titik mulanya.
Sekiranya individu pejuang-pejuang itu sendiri mempunyai semangat yang tinggi dan keikhlasan kepada Allah di dalam perjuangannya, barulah datang pertolongan Allah dari segenap penjuru sehingga mereka memperolehi kemenangan yang diharapkan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan sememangnya sesuatu yang payah kerana ia sudah merupakan syarat yang diberikan oleh Allah kepada umat Islam di dalam perjuangannya untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di muka bumi ini.
Menurut beliau, jika para pejuang Islam sendiri mempunyai asas-asas itu di dalam diri masing-masing, kemenangan pasti akan diperolehi juga akhirnya.
"Kemenangan yang diperolehi oleh umat Islam dalam perjuangan itu adalah pertolongan Allah. Jadi untuk mendapat kemenangan, kita mestilah penuhi syarat-syarat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita," katanya selepas menyambut rombongan wakil Kerajaan Hamas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam.
Beliau turut memberikan contoh betapa sukarnya para pejuang Islam untuk mencapai kemenangan di Gaza yang terpaksa berhadapan dengan serangan pelbagai penjuru musuh-musuh Islam, tetapi dengan semangat dan keikhlasan kepada Allah, Hamas tetap juga berjaya mencapai kemenangan dan berjaya menubuhkan kerajaannya dalam pilihanraya tahun 2006 lalu.
Dalam konteks di tanah air, beliau turut menyebut kemenangan PAS di Terengganu, Kelantan, Kedah dan di Dun-Dun lain di seluruh negara yang tentunya merupakan pertolongan Allah kepada PAS, lantaran adanya semangat dan keikhlasan di hati para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri kepada Allah di dalam perjuangan mereka.
Menurut beliau, kekuatan dalaman (kerohanian) itu perlu terus ditanam di dalam hati para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana tanpanya kemenangan tidak akan dipetolehi walaupun berusaha dengan berbagai cara.
Dalam memenuhi syarat-syarat itu, beliau turut mengingatkan para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS agar sentiasa menjaga akhlak dalam perjuangan termasuk ketika berkempen pada pilihanraya.
"Sekarang, kita juga sedang berada dalam proses pilihanraya khususnya pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini. Jadi kepada jentera-jentera kita di Tenang, saya nasihatkan agar berkempenlah dengan sopan dan jangan terpengaruh dengan provokasi pihak lawan.
"Dengan berbekalkan akhlak yang baik, semangat yang tinggi dan keikhlasan kepada Allah di dalam perjuangan, insya Allah, akan datanglah pertolongan Allah kepada kita," ujar beliau.

1 comment
Ambil iktibar ketika jiran yahudi senantiasa membuang sampah ke rumah Nabi kita,
Nabi ambil sampah itu dan buang ke tempat sampah,sahingga satu hari tidak ada sampah di letakan di rumah Nabi.
Nabi hairan dan bertanya kemana yahudi itu,dan di beritahu Yahudi itu sakit.
Lalu Nabi ziarah kerumah yahudi itu sahingga menimbulkan keinsafan atas perbuatanya,dan memelok Islam.
Cerita itu mcm cerita untuk budak budak darjah satu atau dua saja.
Tapi hakikat nya berapa ramai umat Islam yg.menghayati sikap Nabi sedemikian.
Tersalah parking di rumah flat kereta kita di calar dan di pecahkan cermin.,sahingga menimbulkan keteggangan hampir berlaku pertumpahan darah.
Kadang kadang sdy melihat org.Melayu sanggup berperang pada perkara perkara yg.remeh begitu,sedangkan Islam di hina di persende, masing masing buat tak tau.
Post a Comment