SPR Tolong Turun Kat Tenang! Jangan Jadi Bodoh Sangat!

Parti belum boleh berkempen: SPR

Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my


Suruhanjaya tak benar ceramah, poster di Tenang

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta mana-mana pihak yang mengesan sebarang bentuk kempen politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sama ada ceramah atau poster supaya melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata sebarang bentuk kempen bagi pilihan raya hanya dibenarkan selepas pencalonan nama diterima SPR.

“Kalau berkempen juga, polis boleh ambil tindakan. Kalau ada yang pamer poster dan sebagainya, pihak berkuasa tempatan boleh ambil tindakan turunkan poster. Dalam kes ini, perlu buat laporan, termasuk jika ada mana-mana parti yang buat ceramah secara terbuka tanpa permit,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa parti pembangkang sudah memulakan kempen mereka di Tenang, Abdul Aziz berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada SPR akan mengundang jawatankuasa bebas untuk memantau perjalanan pilihan raya kecil itu, beliau berkata, ia belum diputuskan tetapi tanpa kehadiran jawatankuasa itu tidak bermakna SPR boleh bertindak sesuka hati mengendalikan proses berkenaan.

Katanya, SPR kini membuat persediaan rapi untuk memberi taklimat dan kursus kepada kira-kira 400 petugas termasuk ejen calon parti bertanding bagi mengendali pilihan raya kecil berkenaan, 30 Januari ini.
“Ini bagi memastikan petugas faham dengan tanggungjawab masing-masing kerana kebanyakannya terdiri daripada guru, pegawai dan kakitangan pejabat daerah. Kursus sehari kepada ejen calon parti bertanding pula yang membabitkan masa penamaan calon, pengiraan, penyerahan dan penjumlahan undi, hanya dibuat selepas penamaan calon.

“Sekarang kita tidak buat (taklimat), apabila penamaan calon baru kita bagi taklimat sehari kepada wakil calon, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh pilihan raya dan kita harap ejen ini nanti akan maklumkan kepada parti masing-masing.

“Kami harap bila dijemput, mereka dapat datang, kerana ada sebelum ini yang tidak datang, ini prosedur biasa, tidak timbul persoalan kami tidak memberi penjelasan atau garis panduan berhubung larangan berkempen. Mereka (parti pembangkang) pun tahu (larangan berkempen),” katanya.

No comments

Powered by Blogger.