Suruhajaya Diraja ditubuhkan siasat kematian Beng Hock

PUTRAJAYA 7 Jan – Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan bagi menyiasat kematian bekas pembantu Exco Selangor, mendiang Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Rabu lalu, kerajaan negeri melahirkan rasa kecewanya dengan penghakiman terbuka yang dibuat oleh koroner berhubung inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Keputusan bahawa mendiang Teoh Beng Hock tidak membunuh diri bermaksud, pihak-pihak yang bertanggungjawab atas kematian beliau masih belum ditentukan.

Penghakiman terbuka ini juga menunjukkan bahawa fakta-fakta berkenaan kematian ini masih belum disiasat dan didedahkan sepenuhnya.

Sehubungan itu, banyak pihak mendesak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi melakukan siasatan penuh berhubung kematian tersebut.

Beng Hock,30, pembantu politik, dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di pejabatnya di tingkat 14 bangunan tersebut.

No comments

Powered by Blogger.