Ucapan oleh Nga Kor Ming di ceramah perdana parti Keadilan di Ipoh
Ucapan oleh Nga Kor Ming di ceramah perdana parti Keadilan di Ipoh pada hari Isnin, 10hb Januari 2011:
Kerajaan belanja RM65 juta naik taraf Seri Perdana
DAP Perak hari ini membidas kerajaan persekutuan memperalatkan kerabat Diraja dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan mempunyai agenda politik untuk merampas kuasa dalam komplot perlantikan tersebut.
Kenyataan Menteri Besar Negeri Perak, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir bahawa kuasa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, JPA, maka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid seharusnya menerima perlantikan persekutuan dengan hati terbuka dan bukan membantahnya. Jika kenyataan Zamry tepat dan benar, maka pada masa depan apabila kerajaan Persekutuan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, beliau sebagai Menteri Besar tidak perlu tahu dan tidak ada kuasa untuk tahu.
Adakah ia logik jika sebuah syarikat melantik Ketua Pegawai Eksekutif, tetapi Pengerusi Syarikat tersebut tidak tahu dan langsung tidak boleh menentukan calon pekerjanya? Dalam keadaan ini, bagaimana mereka boleh berkerjasama?
Kerajaan belanja RM65 juta naik taraf Seri Perdana Pemborosan semakin serius
Kini harga barang semakin naik tetapi kerajaan masih terus dengan pemborosan dan pembaziran yang serius. Walaupun negara kini menanggung hutang setinggi RM408 bilion, tetapi kerajaan masih bercadang membelanja RM65 juta untuk menaiktaraf kediaman rasmi Perdana Menteri dalam masa dua tahun akan datang. Selain itu, jumlah perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri kini mencecah RM4,000 juta setahun dengan jumlah kakitangan sebanyak 43,544 orang termasuk calon Barisan Nasional yang kalah semasa pilihanraya kini kebanyakan dilantik menjadi pegawai penyelaras yang mana gaji lumayannya dibayar oleh rakyat.
* Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Negeri Perak & Ahli Parlimen Taiping

No comments
Post a Comment