Umno Selangor pilih Satim ketua pembangkang ganti Khir Toyo
Oleh Adib Zalkapli dan G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 7 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, Datuk Satim Diman dinamakan sebagai ketua pembangkang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang kini berhadapan dengan kes mahkamah.
Pemilihan Satim itu, yang dibuat ketika negeri itu berhadapan dengan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang didakwa dengan pengaruh Umno-BN dan disusuli krisis perlembagaan, dilihat membuka laluan untuk menjadi menteri besar jika Barisan Nasional merampas balik negeri itu.
Umno Selangor memilih Satim, yang sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri, pada mesyuaratnya malam tadi.
Tempat Satim digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.
Rombakan kecil ini dibuat ekoran keputusan Khir melepaskan jawatan tersebut awal bulan lalu.
Semalam, mahkamah menetapkan kes Khir yang didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat, akan dibicara di Mahkamah Tinggi Shah Alam Jun ini.
Mengikut pertuduhan, Khir, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya.
Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
“Pelantikan ini diputuskan malam tadi dan tugas saya ialah menyediakan parti mendapatkan balik Selangor,” kata Satim kepada The Malaysian Insider.
BN kehilangan Selangor kepada Pakatan Rakyat pada Mac 2008.
Najib merupakan ketua Umno Selangor.
“Datuk Mohd Zin merupakan bekas menteri yang berpengalaman, beliau akan memfokus usaha memperkukuhkan Umno. Saya akan meneruskan dengan kerja-kerja lain yang kita telah mulakan dulu, setiap orang akan ada peranan untuk dimainkan. Rombakan ini menunjukkan keseriusan kami mendapatkan balik Selangor,” kata Ketua Umno Puchong ini.
Umno Selangor diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar timbalannya.
Najib kekal pengerusi dalam rombakan yang dibuat dua minggu lalu.
“Mesyuarat malam tadi menunjukkan persiapan kami. Kesemua anggota badan perhubungan hadir sama termasuk Ketua Pemuda yang baru Engku Salleh (Engku Abdul Jamal),” kata Satim yang pernah bertindak sebagai timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
Pertengahan tahun lalu, Satim berhadapan dengan serangan blog-blog Umno mendakwa beliau tidak memperlihatkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat dan didakwa telah meletakkan jawatan sebagai Adun dan Setiausaha Umno Selangor.
Wakil rakyat empat penggal itu menafikan khabar angin sedemikian, sebaliknya muncul dalam perhimpunan anjuran Umno negeri sejak itu.
Satim pernah disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri besar selepas Tan Sri Abu Hassan Omar meletakkan jawatan pada 2000 tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu perdana menteri dan pengerusi BN telah melantik Khir menerajui Selangor.
Satim dijangka akan mengambil alih jawatan itu secara rasmi apabila Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang khasnya akhir bulan ini.
Sidang khas itu diadakan bagi membolehkan perlembagaan negeri dipinda berhubung peranan Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.
Ia juga akan dijangka akan menjadi ujian pertama beliau.

No comments
Post a Comment