Undi La Umno Bn Lagi, Harga minyak masak diramal naik
Harga minyak masak diramal naik
SHAH ALAM, 3 Jan – Situasi ketiadaan minyak masak di beberapa negeri seperti Kelantan, Perlis, Kedah, dan Selangor bertujuan untuk menaikkan harga bagi barangan tersebut, kata Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman.
Jelas Mohd Yusof perkara sama seperti yang berlaku kepada gula yang disorok dan beberapa hari kemudian kerajaan mengumumkan kenaikan barang itu. Dan Tindakan ini ternyata menyusahkan pelbagai pihak terutama rakyat.
“Mungkin juga sama macam berlaku kepada gula dulu, kalau kita tengok dulu kalau bekalan gula kurang lepas itu kerajaan naikkan harga dan masalah itu selesailah. Jadi saya rasa mungkin perkara yang sama juga akan berlaku.
“Jadi kemungkinan mungkin pengeluar dan pemborong beranggapan bahawa kerajaan akan naikkan harga dalam masa yang terdekat, jadi mungkin ada sesetengah menyorok bekalan dan ini sebab kekurangan bekalan,” katanya.
Menurut Yusof lagi, isu sorok minyak ini adalah disebabkan pengeluar dan pemborong yang mengandaikan bahawa harga barang ini akan naik pada Disember tahun lalu.
“Sebenarnya kalau kita lihat berdasarkan kepada pelarasan subsidi pun minyak masak merupakan salah satu cadangan untuk dinaikkan, kalau tak silap saya 20 sen akan dinaikkan pada akhir tahun 2010,” katanya.
Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik

No comments
Post a Comment