Adun Sri Muda akan dituduh di mahkamah Isnin

Sidiqin Omar

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafie (berbaju biru), akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, pada Isnin, 7 Februari depan.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Shuhaimi memaklumkan, beliau akan didakwa dibawah Seksyen 4(1)c Akta Hasutan.

“Saya hanya ditahan selama 10 minit sahaja dan saya akan hadir ke mahkamah,” katanya kepada media di perkarangan balai polis IPD Shah Alam.

Shuhaimi berkata, beliau hanya dimaklum untuk hadir ke balai melalui panggilan telefon kira-kira jam 7 petang semalam.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan dengan jaminan lisan oleh Pengerusi Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa), Abdul Razak Ismail.

Turut hadir memberi sokongan adalah Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan kira-kira 30 orang penyokong.

No comments

Powered by Blogger.