Ariel sedia kemuka rayuan
BANDUNG: Sebaik mendengar hakim menjatuhkan hukuman terhadap vokalis kumpulan Peter Pan Nazril Ariel Irham, kekasihnya pelakon dan model, Luna Maya yang duduk di galeri awam terus menangis dan memeluk artis Camelia Malik yang duduk di sebelah.
Ariel yang diserbu pemberita selepas sidang penghakiman itu turut meminta petugas mahkamah membawanya ke belakang.
Peguam bela Ariel, OC Kaligis berkata, pihaknya akan membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi berhubung keputusan itu.
“Mungkin dalam sehari dua ini, kita akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi,” katanya.
Seramai 1,000 polis ditempatkan di sekitar mahkamah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Ariel dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah dan denda selepas didapati bersalah berhubung pengedaran beberapa rakaman seksnya di dalam internet.
Sebelum hukuman dijatuhkan, Luna yang memakai baju T putih dengan tertera perkataan ‘Freedom Ariel’ memasuki bilik tahanan sementara untuk bersama-sama kekasihnya itu.
Pasangan itu dilihat berpegang tangan dan sebelum keluar Luna memberi pelukan kepada Ariel.
Sementara itu, sehingga kini, pengacara dan model yang terbabit dalam rakaman video seks kedua Cut Tari masih belum boleh menarik nafas lega. Ini kerana beliau masih lagi disyaki.
Peguam belanya, Hotman Paris Hutapea berkata, Cut masih perlu memberikan keterangan kepada polis.
“Masih belum dihadapkan ke mahkamah. Kita berharap ia tidak terjadi,” katanya.
Beliau berkata anak guamnya belum lagi bebas 100 peratus dan berharap tidak didakwa sebagai pengedar rakaman pornografi seperti Ariel.
“Saya tidak terbabit dengan penyebaran itu,” kata pengacara yang suka mengenakan cincin berlian itu. – Agensi

No comments
Post a Comment