DPPNS : Kecewa wujud diskriminasi menyelamat pelajar Malaysia
HAH ALAM, 5 Feb – Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) merasa kecewa kerana selain pelajar sakit dan berkeluarga, pelajar pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.
Ketuanya Hasbullah Mohd Ridzwan yang dihubungi Selangor Kini berkata, sepatutnya operasi menyelamat pelajar Malaysia di Mesir perlu ditangani secara professional.
Sebelum ini pihak Dewan Pemuda PAS Selangor mendapat maklumat dari pelajar Malaysia masih lagi berada di Mesir, bahawa terdapat pelajar lain dikemudiankan.
Hal ini mengecewakan kerana bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.
“Pertama sekali kita kesal dengan diskriminasi yang berlaku dan kita melihat sepatutnya isu ini ditangani dengan konteks mengambil kira keselamatan secara keseluruhan, sebab itu kita melihat dalam operasi menyelamat ini bila kita melihat khususnya Umno dilibatkan secara langsung jadi kita melihat diskriminasi tersebut.
“Sepatutnya dalam operasi keselamatan kita serahkan secara total kepada pihak yang berautoriti dan keselamatan dan mereka sepatutnya menjalankan operasi keselamatan secara keseluruhan,” katanya.
Dewan Pemuda PAS Selangor juga mendesak supaya kerajaan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia.
Krisis di Mesir
Ini berikutan jika dibandingkan kos sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini begitu juga dengan perayaan-perayaan lain dilaporkan menelan jutaan ringgit, kos membawa pulang pelajar dikatakan hanya kurang daripada itu.
Dewan Pemuda PAS Selangor berharap agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan menyarankan semua orang Islam di negara ini berdoa supaya semua selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan baik.

No comments
Post a Comment