Guna perkataan Jakun: Nik Aziz mohon maaf kepada Orang Asli

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 14 Feb. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asli kerana menggunakan perkataan 'Jakun' bagi menggambarkan tindakan buruk yang dilakukan oleh pihak tertentu.

Beliau berkata, perkataan itu dikeluarkan kerana menganggap ia perkara biasa dan tidak mengetahui bahawa wujud Orang Asli suku Jakun di negara ini.

"Saya memang mengaku sekali sekala saya mengeluarkan perkataan Jakun kerana saya tidak tahu Jakun nama keturunan Orang Asli.

"Hari ini, saya minta maaf secara terbuka dan saya minta daripada wakil-wakil yang datang hari ini, balik kampung beritahu bahawa saya minta maaf, saya tidak tahu langsung apa benda Jakun.

"Insya-Allah selepas ini, saya akan jaga mulut daripada mengeluarkan perkataan melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Orang Asli di Kediaman Rasmi Menteri Besar JKR 10 di sini, hari ini.

1 comment

mosabit said...

ular yg menyusur akar tidak akan hilang bisanya....

takbirrr...

Powered by Blogger.