KEADILAN Sarawak perlu sukarelawan bantu kempen

KUCHING: KEADILAN Sarawak memerlukan seramai mungkin sukarelawan bagi membantu jentera parti berdepan pilihan raya di negeri itu yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Bercakap kepada keadilandaily.com, Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zulhaidah Suboh berkata, sukarelawan tersebut diperlukan di kalangan anggota parti.

“Kita mengalu-alukan sesiapa untuk bersama-sama KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi membantu jentera parti berdepan pilihan raya. Namun, keutamaan kita berikan kepada anggota parti,” katanya.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri dengan melayari laman web http://www.zulhaidah.com/?p=6553 atau berhubung terus di emel zulan74@yahoo.com.sg

Desas desus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menemui sekutu-sekutu BN di Kuching baru-baru ini, menguatkan spekulasi pilihan raya di negeri itu akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Tempoh kerajaan Sarawak ketika ini akan berakhir pada 24 Julai depan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7212

No comments

Powered by Blogger.