KERAJAAN SELANGOR TERUSKAN USAHA SERIUS PERANGI WABAK ZINA
DATARAN SHAH ALAM
Penyakit kronik yang berupa maksiat seperti zina tidak akan terhapus dengan usaha yang tidak berterusan kerana ia terhasil daripada jahiliyyah mendalam dikalangan masyarakat.Zina berleluasa kerana pihak berkuasa tidak memandang serius kepada bahayanya, jauh sekali untuk melabelkannya sebagai punca utama kepada fenomena destruktif seperti buang bayi,jual bayi, penyakit puan,penyakit tuan, HIV/AIDS.
Isu bayi yang baru dilahir samada yang masih hidup mahupun yang sudah terkulai layu, bahkan ada yang sudah dibaham anjing liar menjadi satu tumpuan sekejap-sekejap sang pencari publisiti.Ramailah yang bersuara seolah-olah mereka tokoh pejuang hak kemanusiaan sibayi malang.Kemudian pembicara tadi senyap sepi sehinggalah ada bayi lain pula dijumpai dengan keadaan serupa atau lebih kurang serupa.
Mungkin ada seorang dua yang berbicara serius dan menekuni kebarangkalian membanteras masalah kecelaruan waris dan ancaman ketagih aksi dosa ini.Namun suara mereka terkurung di sudut kecil dalam kosmos pemerintahan/urus tadbir negara yang tidak peduli bab dosa pahala dalam erti sebenarnya.Maka tidak kedengaran suara tulus yang tenggelam dek hingar bingar kehidupan hedonisme yang tercorak oleh kerajaan yang tidak berorientasikan sistem Tuhan. 'Master mind' yang mengaut keuntungan melimpah daripada 'keperluan'terwujud atas desakan nafsu seperti perlu asmara walaupun tanpa ikatan pernikahan yang sah.Perlu kepada bajet hotel tempat memuas nafsu, perlu kepada muqaddimah zina seperti bunga, coklat, kain,baju dan apa-apa sahaja yang dicipta secara kreatif oleh pengusaha opportunis yang boleh mengkaburkan mata hati si penerima sehingga tidak kenal dosa.
SERIUS
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mahu remaja-belianya rosak kerana sistem yang sepatut mendidik mereka membiar mereka lalai dan leka hingga terjebak ke kancah maksiat yang boleh mengakibatkan kehancuran masa depan mereka.
Justeru, di bawah JAWATANKUASA INDUK MENANGANI GEJALA SOSIAL NEGERI SELANGOR menetapkan di antara fokus utamanya ialah kempen anti zina. Memandangkan kajian trend kemuncak perlakuan zina ialah MALAM MERDEKA, MALAM TAHUN BARU MASEHI dan malam ST .. VALENTINE's day, maka pasukan khas yang mensinergikan kolaborasi jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang penting seperti JAIS, PDRM,PBT,AADK,RELA dan mobilisasi AJK MASJID/JKKK dan penglibatan NGO-NGO serta pimpinan masyarakat setempat dan aktivis sosial.

No comments
Post a Comment