Mat Nor Cabar TG Nik Aziz Sekali Lagi?
Mohd Noor cabar Nik Aziz bermuhabalah
Oleh Shaarani Ismail dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta bertaubat serta dicabar untuk bermuhabalah bagi mencari kebenaran serta menafikan dakwaannya sebelum ini yang menyatakan UMNO kafir.
Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof Mohd Noor Deris, berkata Nik Aziz mungkin dibelenggu ‘penyakit was-was’ yang menjadi permainan syaitan.
“Nik Aziz sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO menolak Islam, juga kenapa orang Melayu menolak Islam jadi hari ini menafikannya, saya tidak tahu apakah beliau sudah bertaubat.
“Kalau bahasa mudah yang kita guna, bila kata tolak Islam itu bermakna kafir. Tapi saya tidak tahu Nik Aziz menggunakan bahasa apa? Bahasa Urdu ataupun India? Kalau benar saya cabar beliau bermuhabalah,” katanya yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, ketika dihubungi di sini, semalam.
Akhbar semalam memetik Nik Aziz yang ketika diminta mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya, menyatakan beliau tidak pernah menuduh UMNO kafir.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat, pula berkata penafian Nik Aziz itu boleh dilihat sebagai usaha mendapatkan sokongan generasi lebih terbuka untuk terus menyokong PAS biarpun ia sebenarnya memperlihatkan pendirian sebenar parti itu.
“Masyarakat tidak boleh ditipu dengan fakta sejarah kerana sebelum ini perkara itu (mengkafirkan UMNO) pernah dilaporkan banyak pihak. Ia memang jelas dan tercatat dalam sejarah politik tanah air.
“Penafian Nik Aziz mungkin juga boleh dianggap helah PAS untuk memperlihatkan kepada umum bahawa mereka kini menjurus kepada sebuah parti yang sederhana bagi mengambil hati pengundi ‘moderate’ (sederhana) terutama menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Selain itu, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa umat Islam tidak boleh menyamakan Islam dengan agama lain.
“Sesiapa yang menyanggah kenyataan itu ia boleh merosakkan imannya. Islam menghormati agama lain, tetapi tidak mengiktiraf persamaan dengannya dari sudut wahyu dan di sisi Allah. Adalah wajib mempertahankan kenyataan Perdana Menteri dalam hal ini sekalipun berbeza fahaman politik. Soal keadilan adalah soal politik pentadbiran, soal persamaan nilai adalah soal akidah dan hal ini jelas,” katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata kenyataan Nik Aziz itu adalah pendapat peribadinya yang mungkin berubah-ubah mengikut keadaan semasa.
“Masyarakat sekarang sudah dapat menerima bahawa hakikat itu politik itu adalah politik dan sudah bijak untuk membezakan pendapat atau kenyataan yang bersifat politik atau rasional kerana masyarakat hari ini bebas untuk bercakap.
“Dengan peredaran semasa yang kini segala maklumat boleh diperoleh dan dicapai di hujung jari, saya pasti perkara itu mudah untuk ditangani kerana segala maklumat mahupun bukti boleh diperoleh dengan mudah di internet serta blog dan mereka boleh membezakan yang mana satu rasional dan yang mana tidak,” katanya.

No comments
Post a Comment