Meninggal atas riba anak

TUMPAT 22 Feb. – Seorang remaja, Badrul Nizam Badru, 18, pastinya tidak dapat melupakan saat-saat sedih bapanya menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuannya selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 6 Jalan Pengkalan Kubor-Tumpat malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, Badrul Nizam menemani bapanya, Badru Ya’akob, 60, seorang pemandu kereta sapu untuk mendapatkan rawatan asma di Hospital Tumpat.

Bagaimanapun, malang menimpa kedua-dua beranak itu apabila kereta Proton Saga yang dipandu Badru terbabas dalam cuaca hujan dan ribut lalu merempuh pokok, yang jaraknya hanya kira-kira 500 meter dari rumah mereka.

Akibat kemalangan tersebut, remaja terbabit mengalami kecederaan teruk di kepala tetapi sempat mengeluarkan bapanya yang parah sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan anak lelakinya itu.

No comments

Powered by Blogger.