Proton Waja Campro pelakon hilang

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pelakon Erry Putra mengalami kerugian hampir RM60,000 apabila kereta Proton Waja Campro miliknya hilang ketika diletakkan di luar kawasan Apartmen Jalil Damai, Bukit Jalil di sini semalam.

Erry, 30, berkata, dia hanya menyedari kehilangan kereta itu pada pukul 8 pagi ketika mahu menggunakan kenderaan itu untuk pergi ke lokasi penggambaran telemovie terbarunya Di sudut hati Amelia di Kota Damansara.

“Sebaik tiba di tempat letak kereta, saya dan kakak terkejut mendapati kereta Waja sudah hilang.

“Malam tadi (kelmarin) ketika pulang dari penggambaran, saya lihat kereta tersebut masih ada di tempat letak kereta,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

No comments

Powered by Blogger.