Sekarang Umno Sedar Mereka Pembangkang Di Selangor
Pembangkang Selangor Persoal Tugas Kecil Khusrin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pembangkang di Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan negeri itu mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamad Khusrin Munawi memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor, yang dianggap sebagai "hanya tugas kecil".
Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman berkata tindakan itu menghairankan kerana soal tanah adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah Negeri. "Kami pun hairan dan mengejutkan mengapa Menteri Besar boleh berikan hanya tugas kecil sahaja kepada beliau, sedangkan tanah ini biasanya dijaga oleh Pejabat Tanah yang ada pegawai daerah.
"Jadi mengapa Mohamad Khusrin nak memantau kes-kes itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di sini.
Mohamad Satim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang juga menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai merendahkan martabat pegawai-pegawai negeri Selangor jika beliau tidak ada kepercayaan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru itu.
Minggu lepas, Abdul Khalid telah mengadakan pertemuan dengan Mohamad Khusrin di pejabatnya dan telah mengarahkan beliau untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.
Mohamad Khusrin juga diminta menyediakan laporan dari masa ke masa kepada kerajaan Selangor mengenai maklumat terkini hartanah yang dimiliki kerajaan negeri demi mengenal pasti nilai tanah terbiar dan bermasalah.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment