SPR kaji lanjut hari kempen, mansuh tempoh tarik diri
Oleh Melissa Chi
PETALING JAYA, 11 Feb — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji untuk melanjutkan tempoh berkempen dan pada masa yang sama memansuhkan peruntukan tarik diri calon bagi mengemaskan urusan pengundian membabitkan pemilih-pemilih berada di luar negara.
Timbalan pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sedang meneliti secara mendalam kedua-dua aspek itu bagi memudahkan proses pengundian — yang dilihat akan membabitkan urusan pengundian pos dan luar negara - bagi menjimatkan masa penghantaran dan pemulangan kertas undi.
Kini tempoh kempen minimum adalah tujuh tujuh dan lazimnya diberikan sehingga 10 hari.
Tempoh menarik diri menjadi calon ialah tiga hari dari hari penamaan calon.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan kempen “Voice Your Choice” anjuran Growing Emerging Leaders (GEL), pertubuhan bukan kerajaan yang diberi mandat sebagai penolong pendaftar pemilih.
“Sekarang kita bercakap mengenai pengundi-pengundi di luar negara.
"Kita perlu menghantar kertas undi kepada mereka dengan cepat, dan mereka perlukan masa untuk memulangkannya,” kata beliau.
“Semua ini dalam bidang kuasa SPR. Saya tidak boleh kata berapa lama, (tetapi) SPR akan menetapkannya,” kata beliau.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) juga pernah meminta SPR supaya melanjutkan tempoh berkempen sehingga 21 hari.
Sehubungan itu Wan Ahmad berkata SPR sedang mengkaji untuk meminda seksyen tertentu undang-undang semasa memandangkan peruntukan tersebut sudah tidak praktikal lagi.
Peruntukan tersebut terletak di bawah Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalan Pilihan Raya) 1981.
Beliau berkata SPR juga sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan tempoh tiga hari yang diperuntukkan kepada seseorang calon menarik diri daripada bertanding.
“Kami merasakan bahawa apabila seseorang itu memutuskan untuk mengemukakan pencalonan sebagai calon, dia seharusnya serius untuk menjadi calon,” katanya.
Oleh itu kata beliau, tidak timbul soal “tukar atau ubah fikiran” kerana bertanding berkait dengan perwakilan atau “menjadi wakil rakyat” dan seterusnya menjadi pemimpin.
Di bawah peruntukan semasa seseorang calon mempunyai masa tiga hari untuk memutuskan jika mahu menarik diri daripada bertanding.
SPR hanya akan mencetak kertas undi selepas tempoh itu.
“Bukan hanya kerana kemudahan pengundi luar negara, ia hanya salah satu pertimbangan.
“Pertimbangan lain ialah kami tidak mahu membuang masa hanya kerana beberapa orang yang tidak membuat keputusan (muktamad), beberapa ahli politik yang tidak membuat keputusan, mahu menjadi calon tetapi tidak pasti,” katanya lagi.
“Politik adalah satu perkara yang serius, dilantik sebagai seorang wakil adalah bisnes serius,” katanya lagi.
Selain itu kata beliau, peruntukan tempoh tiga hari untuk menarik diri juga terbuka kepada salah guna proses.
“Mereka mungkin dipujuk menarik diri disebabkan apa juga sebab, apa juga boleh berlaku... jadi ada banyak faktor mengapa SPR mahu mengkaji aspek ini,” kata beliau.
Wan Ahmad berkata sebelum 2003, sebaik sahaja pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan status calon pada hari penamaan calon, ia adalah muktamad.
Jikapun seseorang calon memutuskan untuk menarik diri kemudian, namanya tetap tertera pada kertas undi.

No comments
Post a Comment