SPRM: Siasatan menantu Nik Aziz siap hujung minggu ini
KOTA BARU, 6 Feb — Kertas siasatan mengenai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dijangka siap hujung minggu ini.
Pengarah SPRM Kelantan Nasaruddin Mohd Noor berkata sebaik siap, laporan itu akan dihantar ke ibu pejabat SPRM untuk tindakan lanjut.
“Sama ada kes itu akan diserahkan kepada pihak pendakwaan atau sebaliknya ia terserah kepada keputusan ibu pejabat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Abdul Ariffahmi yang juga menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkhidmat selama lapan tahun di PMBK sebelum dilantik sebagai CEO pada 20 September lepas dan mencetuskan kontroversi bahawa Nik Abdul Aziz mengamalkan nepotisme.
Selain itu, PMBK juga dilanda kemelut dalaman yang dikaitkan dengan soal salah urus tadbir dan kewangan sehingga membawa kepada penyiasatan SPRM.
Mengulas mengenai siasatan terhadap projek Bazar Tok Guru membabitkan kira-kira 415 peniaga, Nasaruddin berkata siasatan awal mendapati kes itu tidak melibatkan mereka yang berprofil tinggi.
“Kami sudah membuka kertas siasatan sejak tahun lalu tetapi setakat ini tidak nampak unsur rasuah dan tiada mereka yang berprofil tinggi terlibat.
Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan mengikut Akta SPRM dan kita juga melihat prosedur PMBK dalam isu ini,” katanya.
Pada 12 Januari lepas, para peniaga di Arked Uda dan Pasar Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) meluahkan rasa kecewa terhadap PMBK kerana didakwa tidak mengotakan janji selain mengenakan harga dua kali ganda daripada yang sepatutnya kepada mereka untuk membeli ruang niaga di Bazar Tok Guru itu.
Tahun lalu SPRM membersihkan Nik Aziz daripada siasatan mereka.

No comments
Post a Comment