Suami simpan mayat isteri 12 tahun

SEOUL - Seorang lelaki Korea Selatan ditangkap selepas 12 tahun dia membunuh dan menyimpan mayat isterinya di dalam sebuah kotak besar, kata polis semalam.

Menurut polis, kotak besar itu diletakkan di rumah seorang anak perempuannya.

Anak perempuannya itu yang berusia 20 tahun itu terjumpa kotak besar tersebut yang dibalut dengan 10 lapisan plastik semasa dia mahu melakukan persiapan untuk berpindah ke kediaman lain.

Dia yang terkejut melihat mayat seorang wanita di dalam kotak itu bertindak menghubungi polis untuk membuat siasatan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, siasatan cap jari membuktikan mayat itu adalah ibunya.

Suspek yang dikenali sebagai Lee berusia 51 tahun itu kemudian ditangkap oleh polis di Bucheon.

Lee berkata kepada wartawan bahawa dia bertengkar dengan isterinya kerana masalah perpindahan rumah baru dan perkara lain.

"Namun saya menyimpan mayat itu sebab rasa bersalah terhadap isteri dan anak perempuan saya." katanya.

Lee disyaki membunuh isterinya yang berusia 39 tahun itu di rumahnya pada Jun 1999. - AFP

No comments

Powered by Blogger.