Tengku Mana Ni?

Sokongan Melayu terhadap Pas merosot - Tengku Adnan

PUTRAJAYA 20 Feb. — Perubahan pendirian Pas kononnya parti itu mengutamakan perjuangan orang Melayu adalah gimik politik semata-mata berikutan penurunan sokongan masyarakat Melayu begitu ketara sejak kebelakangan ini, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tegas Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menjelaskan, hanya UMNO dan BN sahaja mengutamakan hak dan perjuangan orang Melayu sebagai agenda utama sejak negara mencapai kemerdekaan dan ia disedari orang Melayu di negara ini.

Beliau berkata, Pas kerap kali mengeluarkan kenyataan berlainan dengan memutarbelitkan isu semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan orang Melayu yakni jelas menunjukkan bahawa parti itu tidak relevan lagi.

"Bila beliau (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat) tahu bahawa undi Melayu terhadap Pas mula merosot kerana orang Melayu sudah sedar bahawa Pas itu adalah parti karut, jadi Nik Aziz sudah gentar dan takut maka beliau tukar mengatakan bahawa Pas juga memperjuangkan orang Melayu,” katanya. — Bernama

No comments

Powered by Blogger.