Tiga bangunan sekolah di Sabah tak selamat, SPRM digesa siasat

SABAH: KEADILAN Sabah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia segera menyiasat pembinaan tiga buah sekolah di negeri itu yang dilapor tidak selamat untuk digunakan, kata Ketua Cabang Tawau, Datuk Kong Hong Ming.

Sekolah tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan Kukusan, SK Bahagia dan SK Jambatan Putih yang terletak di aderah Tawau sudah beroperasi selama beberapa tahun tanpa Sijil Layak menduduki (CF).

“Inilah padahnya apabila kontraktor yang dilantik hanya di kalangan kroni Umno BN dan bukan mereka yang layak.

“Kerajaan sepatutnya mengadakan tender terbuka bagi memastikan hanya mereka yang layak, berpengalaman dan sudah terbukti berjaya sahaja yang untuk mengendalikan sesuatu projek,” katanya kepada Keadilandaily.com

Kong mengulas kenyataan Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin baru-baru ini yang mengesahkan bangunan sekolah tersebut tidak selamat digunakan selepas menerima laporan dari Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, kesan kegagalan pembinaan sekolah berkenaan mengakibatkan rakyat berdepan masalah berganda.

“Pertama, murid yang terlibat di kesemua 38 sekolah itu dan kedua penduduk Sabah secara keseluruhan.

“Saya difahamkan Pelajaran Sabah terpaksa memperuntukkan RM1.5 juta pula untuk menyelesaikan ketiga-tiga sekolah itu. Persoalannya apakah jaminan kerajaan negeri peruntukan itu tidak ‘disonglap’ kroni Umno BN kali ini,” soalnya.

No comments

Powered by Blogger.