Tun M : Perjalanan Yang Belum Selesai
Oleh: Shirzad Lifeboat
Berita paling kelakar beberapa hari lalu ialah mengenai penjelasan Tun Dr. Mahathir kononnya bukan beliau yang instrumental dalam penangkapan dalam apa yang dikenali oleh seluruh dunia sebagai Operasi Lalang 1987.
Sebagaimana sedia dimaklumi oleh rakyat Malaysia dan dipelajari oleh masyarakat antarabangsa, penangkapan Operasi Lalang yang menyaksikan 106 penahanan bukanlah seperti penahanan dalam Ops Sikap atau lain-lain operasi yang melibatkan kesalahan trafik, penyalahgunaan dadah atau kesalahan jenayah.
Setiap negara bertamadun di dunia ini mempunyai undang-undang khas mengenai kesalahan trafik, penyalahgunaan dadah dan juga jenayah. Tetapi hampir kesemua negara bertamadun tidak mempunyai undang-undang yang memperuntukkan polis atau agensi penguatkuasaan lain membuat penangkapan seperti yang dilakukan oleh polis Malaysia dalam Operasi Lalang 1987.
Bagi kebanyakan negara, terutama yang menghormati prinsip hak asasi manusia dan keluruhan prinsip demokrasi, kerja polis adalah menangkap penjenayah dalam erti kata jenayah sebenarnya. Tentang politik, itu bukan kerja mereka. Pertelingkahan di antara parti oposisi dengan parti kerajaan tidak termasuk dalam senarai kerja polis. Lainlah kalau ada anggota parti terbabit bertumbuk atau terlibat dalam pergaduhan kumpulan (gang fight). Kalau ada tangkapan dan penahanan dilakukan sekalipun ia atas dasar jenayah bergaduh dan pihak polis tak akan mempersoalkan punca politik yang mencetuskan pergaduhan sedemikian.
Tapi dalam sejarah ada juga beberapa negara dan pemimpin yang menggunakan polis untuk menangkap seteru politik mereka. Tapi polis jenis ini lain sikit daripada polis yang menjaga kententeraman awam. Ketika Jerman diperintah oleh rejim Nazi, satu pasukan polis istimewa yang dinamakan sebagai Gestapo (Gestapo adalah singkatan dalam bahasa Jerman untuk Polis Rahsia Nasional) dikerahkan untuk menangkap sesiapa sahaja yang menentang atau menunjukkan kecenderungan memiliki pendapat yang berbeza dari apa yang cuba di maju oleh parti tersebut.
Kira-kira sedekad setengah lebih awal dari kewujudan Gestapo di Jerman, pemerintahan autokratik beraja Russia yang berkubur untuk selama-lamanya dengan pembunuhan Czar Nicolas II dalam apa yang dikenali oleh sejarah sebagai Revolusi Februari 1917 melahirkan pula apa yang satu lagi jenis polis istimewa yang sebenarnya tidak melakukan kerja perpolisan. Ekoran dari revolusi ini Parlimen Russia atau Duma menubuhkan satu pasukan polis yang dinamakan sebagai ‘Cheka”. Cheka adalah singkatan dalam bahasa Russia bagi (Suruhanjaya Luarbiasa bagi Menekan Kounter-revolusi dan Sabotaj Seluruh-Russia).
Dalam buku The Gulag Archipelago dan One Day in the Life of Ivan Denisovich diperjelaskan modus operandi Cheka yang menangkap sesiapa sahaja dan di mana sahaja mereka yang disyaki sebagai tidak menyokong revolusi walaupun tanpa adanya sebarang bukti.
Bab 1 The Gulag Archipelago menghuraikan tentang penangkapan dan penahanan ini: “Mereka yang pergi ke Archipelago (Gulag) untuk mentadbirnya berbuat demikian menerusi sekolah latihan Kementerian Dalam Negeri... Hanya satu jalan sahaja bagi orang seperti saya dan lain-lainnya yang ke sana untuk mati iaitu dengan cara ditahan…”Anda ditahan!” Dan anda tak tahu bagaimana memberikan respons kecuali dengan berkata, “Saya? Untuk apa?”
Pengarangnya, Aleksandr Solzhenitsyn (penerima Hadiah Nobel bidang Sastera 1970), yang turut ditangkap oleh Cheka menceritakan keadaan kem tahanan di mana tahanan dipaksa untuk memberikan maklumat walaupun sebenarnya tidak ada maklumat yang dapat diberikan. Penyiksaan piawaian di Gulag Archipelago termasuklah penafian tidur untuk tempoh beberapa hari, dikurung dalam sel tahanan yang ruangnya hanya muat untuk berdiri dan bermacam lagi.
Hanya tiga perkataan yang paling cocok bagi menggambarkan dua contoh pasukan polis ini dan jenis kerajaan serta pemerintahan yang mewujudkannya: tidak bertamadun, zalim dan tidak-berperikemanusiaan.
Dalam dunia moden hari ini mungkin ada beberapa negara yang diperintah secara diktator, atau junta tentera dan sebagainya yang menggunakan khidmat pasukan polis ini. Tetapi negara-negara berkenaan bukanlah negara demokratik dan pemimpinnya tidak pula berpidato ke sana ke mari tentang demokrasi.
Tatkala berkuasa selama lebih 22 tahun Tun Dr. Mahathir paling lantang, paling kerap dan paling banyak mendefinasikan semula makna ‘demokrasi’ menurut apa yang cocok dengan pemikirannya dan bersesuaian pula dengan keperluan UMNO-BN demi memelihara kuasa pemerintah politik. Selain daripada penangkapan dan penahanan yang dilakukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ekoran Tragedi 13 Mei 1969, Operasi Lalang mencatatkan jumlah penahanan kedua terbesar. Tidak siapa dapat menafikan betapa polis tidak bertindak tanpa arahan spesifik dan tanpa sebarang tandatangan Menteri Dalam Negeri sendiri.
Oleh itu apabila Dr. Mahathir tiba-tiba menafikan bertanggungjawab terhadap penangkapan di bawah Operasi Lalang dan sebaliknya menuding jari ke arah polis, maka persoalannya apakah kuasa polis adalah lebih besar daripada kuasa Menteri Dalam Negeri yang juga kadang-kadang disebut sebagai Menteri Polis? Dan apabila Dr. Mahathir mengatakan polis yang sebenarnya mengeluarkan arahan menahan dan menangkap mereka di bawah operasi berkenaan, maka apakah maksud mantan Perdana Menteri itu sebenarnya terdapat sebuah lagi polis rahsia yang bekerja khusus untuk beliau di mana satu arahan am telah diberikan untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa perlu mendapat tandatangan daripadanya?
Barangkali, dalam menoleh ke belakang tentang apa yang pernah dilakukannya tatkala menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir tiba-tiba takut sekiranya dunia melabel beliau sebagai Perdana Menteri sebuah negara demokratik yang paling tidak berdemokratik!
Jika itulah yang dihasratkan, maka perjalanan beliau masih jauh daripada sampai ke matlamatnya.

No comments
Post a Comment