Bajet 2011: Tiada Yang Menggembirakan Untuk Guru/ Kakitangan Awam.

Oleh: umnopenipu

" Pembentangan Bajet 2011 (sepatutnya gunalah istilah belanjawan) pada 7hb Oktober 2010 oleh PM Datuk Seri Najib menerima komen (sebagaimana yang dijangka) yang amat manis dari para pengampu dan rakyat yang terbelenggu mindanya. Paling menjengkelkan ialah dari Majlis Profesor Negara yang sehingga kini menonjolkan kedunguan minda secara jelas sehingga memalukan institusi yang menganugerahkan ijazah kedoktoran kepada mereka, institusi tempat mereka bekerja, bangsa Melayu malah memalukan ‘Satu Malaysia’. Sebagaimana biasa, pembohong-pembohong tegar ini telah menggunakan istilah yang mengelirukan sehingga ramai antara kita yang terpegun dan rasa senang hati.

Kita hanya ingin mengulas bahagian mengenai kakitangan awam sahaja. Antara intisari Bajet 2012 untuk kakitangan sektor awam ialah bonus setengah bulan gaji, kenaikan tahunan akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 sehingga 37.7 mengikut gred, memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM, menambah tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh “time-based “ guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Adapun profesion yang paling beruntung ialah doctor perubatan yang benar-benar mendapat kenaikan elaun ‘on-call’ , kecemasan, dan sebagainya.

Bonus sebulan gaji ( separuh semasa IdilFitri dalam bulan Ogos dan separuh lagi akan dibayar dalam gaji Disember 2010) adalah tidak setimpal dan tidak boleh dibanggakan dengan publisiti ekstrim regim BN yang kononnya berjaya mengurangkan deficit berbanding dengan tahun 2009. Bayaran bonus ini hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Dengan hasil yang mereka perolehi melalui rompakan halal dan licik seperti menaikkan harga petrol beberapa kali dengan hanya menukar warna ‘petrol pump nozzle’ dari warna merah kepada kuning. Sejak Najib menjadi PM 1Malaysia, beliau telah menaikkan harga petrol sebanyak lima kali. Bermula dari harga RM1.80 seliter sehingga harga sekarang RM2.80 dari RM2.90 setelah diturunkan RM0.10 pada 15hb Jun 2011. Polis dikerah untuk mengutip saman sehingga berjumlah RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik (dirompak dari rakyat) sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari 2011. Harga barangan seperti gula,beras dan banyak lagi yang naik yang memberi makna peningkatan kantong kerajaan pusat yang banyak. Tetapi mereka hanya beri bonus 1 bulan gaji sahaja.

Tidak ada kenaikan gaji dalam Bajet 2011 sebenarya. Yang dinaikkan ialah kenaikan tahunan mengikut gred. Kita belum maklum berapa peratus yang akan dinaikkan. Yang pasti gaji dan elaun adalah ditakuk lama. Kenaikan tahunan sekarang bagi para guru DG41 ialah RM91 sementara DG44 ialah RM150 dan TIDAK PERNAH naik sejak tahun 1991 iaitu selama 20 tahun??!!!... Inilah kezaliman regim BN. Mereka sepatutnya menaikkan gaji semua kakitangan awam sebanyak 50%.!!

Bagi mereka yang memilih SBPA mereka dijanjikan dengan tambahan tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh “time-based “ guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan peristiharan ini. Perlu difahami dan disedari bahawa mereka yang mencapai tangga gaji akhir itu kebanyakkannya terdiri dari kakitangan yang sudah hampir pencen. BN yang zalim ini tidak berhasrat untuk menaikkan pangkat mereka tetapi mengekalkan gred gaji yang sama. Sejak dahulu dan semakin menyerlah pada ketika ini, sistem kenaikan pangkat dalam profesion perguruan menyaksikan ketidakadilan di mana guru yang berasal dari lulusan maktab dimanjakan sehingga kini sementara guru lulusan universiti tulen dianaktirikan sehingga kini. Sedangkan situasi ini tidak berlaku dalam profesion lain. Kita boleh membuat perumpamaan seperti seorang sarjan (berkelulusan SPM) dan ASP (berkelulusan ijazah di dalam pasukan PDRM. Adakah logic sarjan tersebut dimagikkan SPMnya menjadi Diploma dan beliau seterusnya masuk Universiti dan memperolehi Ijazah. Setelah 1 @ 2 tahun bekerja, beliau dinaikkan pangkat kepada ASP dan setelah 2 @ 3 tahun kemudian dinaikkan kepada DSP dan seterusnya ACP. Sedangkan ASP tadi baru berpangkat Superintendan?? Inilah yang berlaku dalam profesion perguruan dimana bekas lulusan maktab sijil mereka dinaik taraf menjadi Diploma, mereka melanjutkan pelajaran dan akhirnya menjadi ‘bos’ kepada lulusan university tulen??!! Kebanyakan Penolong Kanan sekolah kini adalah terdiri dari bekas guru lulusan maktab sementara lulusan university tulen diketepikan dalam kenaikan pangkat. Pandir dan melucukan. Dan mereka ini bercakap tentang Pendidikan Bertaraf Global??!!...

Realitinya guru berijazah yang sudah 22 tahun bekerja masih ditahap DG44 sedangkan para doctor yang sudah 20 tahun berkhidmat telah menikmati sekurang-kurangnya UD 54 atau JUSA B??!! Begitulah dengan pegawai tadbir, PTD, perundangan dan sebagainya. Mereka naik pangkat dari 41 ke 44 dalam masa 5 tahun sahaja. Guru – 8 tahun??? Jadi, apa yang hendak dibanggakan dengan ‘time-based’ walaupun ianya hanya terdapat dalam profesion keguruan. Sebagaimana yang pernah ditulis sebelum ini, kita ingin menyeru kepada TPM Datuk Seri Mahyudin agar memberi ‘time-based’ policy ini kepada doctor dan PTD sahaja dan berikan polisi kenaikan gaji mereka kepada guru??

Sebagaimana biasa, kita akan mendengar komen dari balaci UMNO dengan hujah agama yang tipikal bagi menampak baik kerja jahat mereka. Aspek Islam akan digunakan sebagai ‘defence mechanism’ mereka iaitu kita dikehendaki bersyukur atas pemberian kerajaan. Sedangkan mereka melakukan kezaliman dan WAJIB ditentang. Mereka rompak RM1000 dari kita dan ‘mencampak’ semula hanya RM1.00 sahaja kepada kita???!! Kemudian mereka minta kita ‘redha’ dan bersyukur. Bagi golongan Pak Kadok khususnya dari Majlis Profesor (kononnya) Negara ini, mereka tidak faham di antara kewajipan sesebuah kerajaan dan pemberian dari kerajaan. Buat jalanraya, sediakan sekolah, hospital dan selainnya dianggap sebagai jasa kerajaan bukan suatu kewajipan. Canangan sebegini rupa oleh media durjana BN telah mengakibatkan sehingga rakyat sudah tidak tahu apa dia sebenarnya tugas sesebuah kerajaan!!!??? Akhirnya minda rakyat terbelenggu dan apa sahaja peruntukan belanjawan yang mereka belanja akan diambil semula dari rakyat yang minda mereka telah dibekukan oleh UMNO. Tunggulah kenaikan harga barang selepas PRU 13 ini.

2 comments

naim said...

Kenaikan untuk dokter tu takdelah. Yang diterangkan dalam bajet hanya kenaikan elaun on-call. Sebelum hanya RM7 sejam, sekarang jadi hanya 8.50 sejam. Itupun kerja 24 jam akhir minggu. Kalau hari kerja, kerja 36 jam terus menerus. Time base untuk dokter hanya setiap 8 tahun berkhidmat. Cepat naik kalau jadi pakar. Sambung belajar, berhempas pulaslah. Samalah dengan mana2 jawatan sektor awam.Dahlah nak jadi dokter biasa umur mula kerja 25 atau 26 tahun sebab belajar 5-6 tahun. Orang lain dah tiga tahun kerja, dah sah jawatan dah oi. Dua thun pertama kerja sebagai HO, kerja 60-80 jam seminggu, Sabtu Ahad kerja. Cuti susah nak minta. Ada jawatan lain dalam sektor awam kerja camtu?Guru?

khairi said...

appersSaya dah kerja doktor 15 tahun, sebulan off 4 hari saja, hari lain kerjalah. Dah biasa kerja sampai tiga minggu berturut2. Satu minggu penjawat awam lain kerja 40 jam, sebulan 160 jam. Saya lebih 300 jam sebulan. oncall 15 hari sebulan. Tapi saya redha dan bersyukur dengan kerjaya yang saya pilih.

Powered by Blogger.